Ahad, 8 Jun 2014

Tips hilangkan kuning gigi

Gigi merupakan aset penting dan jika
gigi anda kekuningan pastinya akan
membuatkan anda berasa kurang keyakinan
diri ketika berhadapan dengan orang ramai.
Jika anda merupakan salah seorang yang
mempunyai masalah ini, jangan gusar kerana
kami ada beberapa petua yang boleh anda
cuba bagi mengatasi masalah gigi yang
kekuningan ini.

Colekkan sedikit kapur sirih di kapas. Gosok
perlahan-lahan di celah gigi yang kuning.
Pastikan anda mengamalkannya.

Petua kedua, anda boleh lakukan adalah
dengan membakar sehingga hangus sebiji
pinang kemudian tumbuk halus. Gosokkan
serbuk pinang ini ke gigi. Kumur bersih.

Cara yang ketiga adalah dengan menggoreng
tanpa minyak sedikit biji asam jawa kemudian
tumbuk halus dan ambil debunya. Gosokkan
pada gigi setiap hari sehingga nampak
kesannya.

Manakala cara yang paling popular pastinya
dengan menggunakan abu. Apa yang anda perlu
buat adalah dengan membakar daun kelapa
hingga menjadi abu. Gosokkan ke gigi hingga
putih.
Kemudian, gunakan ubat gigi.
Selamat mencuba!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan