Ahad, 8 Jun 2014

Bonsai

Bonsai ialah suatu seni untuk menghidupkan pokok
miniatur di dalam bekas pasu hiasan. Seni bonsai
memerlukan pengamalnya menanam spesies pokok
tertentu di dalam pasu yang bersaiz kecil, mengawal
tumbersarannya serta menggubah bentuk semula
jadi susunan dahan, ranting, daun dan juga banirnya
mengikut gaya yang dikehendaki. [1] Teknik ini
bukanlah pemandulan pokok mahupun penggunaan
hormon kerana ia tidak langsung melibatkan
pengubahsuaian genetik sesuatu pokok terbabit.
Ketinggian bonsai biasanya antara 120-140
sentimeter dan jika melebihi ukuran ini, ia tidak lagi
dianggap pokok bonsai tetapi dikelaskan sebagai
pokok hiasan .[2]
Perkataan 'bonsai' ini adalah dalam sebutan Jepun
yang berasal daripada perkataan Cina iaitu 'penzai '
yang bermaksud pokok dalam bekas. Bonsai adalah
gabungan dua perkataan iaitu 'bon' yang bererti
bekas kecil manakala 'sai' ialah pokok. Walaupun ada
pokok bonsai yang berusia sehingga lebih daripada
700 tahun, namun usia itu bukanlah faktor utama
bernilainya sesuatu bonsai kerana apa yang lebih
diutamakan ialah kecantikannya. Bonsai yang terbaik
mempunyai mirip pokok sebenar dalam bentuk mini.
Meskipun seni bonsai sering dikaitkan dengan
masyarakat Cina, kini sudah semakin ramai peminat
bonsai di kalangan masyarakat bukan Cina yang
turut aktif menceburi seni ini, malahan ada juga yang
pernah menerima pengiktirafan dalam beberapa
pertandingan peringkat kebangsaan. [3][4]
Klasifikasi saiz
Tidak semua sumber bersetuju untuk menyatakan
saiz tepat atau skala untuk sesuatu bonsai itu, tapi
konsep skala ini memang telah berhasil dan berguna
untuk penanaman dan pemahaman estatik pokok
bonsai. Sesuatu gambar bonsai bagi pemerhati ia
tidak dapat memberikan tanggapan sebenar saiz
pokok tersebut, maka katalog pameran dan
komersial bonsai yang disertakan dapat
melengkapkan penerangan saiz bonsai (lihat jadual
di bawah) itu secara umum. Kelas saiz termasuklah
tinggi dan berat pokok tersebut dalam pasunya.
Untuk saiz yang terbesar, satu amalan Jepun yang
terkenal ialah dengan menamakan pokok tersebut
"dua-tangan", "empat-tangan" dan seterusnya,
berdasarkan keperluan pekerja untuk mengubah
pokok dan pasu itu. Pokok-pokok ini mungkin
mempunya berdozen dahan dan ranting dan seakan-
akan rupa satu saiz pokok betul. Pokok yang terbesar
digelar "imperial", yang dinamakan selepas pokok-
pokok berpasu di Istana Maharaja Jepun .
Nama biasa untuk kelas saiz bonsai [5]
Bonsai besar
Common
name
Size class Dimensions
Bonsai
imperial Lapan-tangan 60–80 in (152–203
cm)
Hachi-uye Enam-tangan 40–60 in (102–152
cm)
Dai Empat-tangan 30–48 in (76–122
cm)
Omono Empat-tangan 30–48 in (76–122
cm)
Bonsai saiz sederhana
Nama biasa Kelas saiz Dimensi
Chiu Dua-tangan 16–36 in (41–91
cm)
Chumono Dua-tangan 16–36 in (41–91
cm)
Katade-
mochi
Dua-tangan 10–18 in (25–46
cm)
Bonsai miniatur
Nama biasa Kelas saiz Dimensi
Komono Satu-tangan 6–10 in (15–25 cm)
Mame Satu-tangan 5–8 in (13–20 cm)
Shohin Saiz tapak
tangan
2–6 in (5–15 cm)
Shito Saiz jari 2–4 in (5–10 cm)
Keshitsubo Saiz biji popi 1–3 in (3–8 cm)
Bentuk dasar
Pokok bonsai mungkin kelihatan sama pada
pandangan orang biasa tetapi tidak bagi golongan
yang mahir dengan seni bonsai ini. Setiap bonsai
memiliki ciri-ciri yang berbeza dan gaya tersendiri
yang membuatkannya unik. Masyarakat Cina dan
Jepun sangat gemar membuat klasifikasi bonsai
walaupun terdapat pelbagai jenis gaya yang telah
dicipta sebelum nama-nama khas diberikan. Artis
bonsai pada mulanya mereka bentuk pokok ini dan
kemudian pemerhati telah mengumpulkannya dalam
kategori yang boleh dikenal pasti bagi memudahkan
rujukan dilakukan. Gaya bonsai telah dirangka pada
dasarnya untuk memudahkan peminat merujuk
berdasarkan kepelbagaian gaya bonsai berbanding
menerangkannya secara terperinci. Kalsifikasi gaya
bonsai ini adalah berdasarkan bilangan batang atau
pokok dalam komposisi bonsai. Umumnya gaya asas
bonsai ini terbahagi kepada tiga jenis iaitu gaya
batang tunggal, gaya batang berganda dan gaya
pokok berganda atau pokok berkumpulan.

Pemilihan pokok sebagai
bonsai
Hasil seni bonsai yang cantik dan menarik sangat
bergantung kepada kesesuaian jenis pokok yang
dipilih untuk dijadikan bonsai. Sesetengah pokok
sememangnya berasa dari Malaysia atau sekitar Asia
Tenggara . Selain itu ada juga sebilangannya
merupakan spesies pokok dari benua Amerika ,
Eropah dan Afrika . Tidak kira mana asalnya pokok
berkenaan, yang paling penting ialah keserasiannya
untuk hidup subur dalam persekitaran iklim di
tempat ia dijaga. Antara ciri-ciri penting yang perlu
ada pada pokok untuk dijadikan bonsai ialah tahan
lasak, mempunyai jangka hayat yang panjang,
berdaun kecil, serta muda serasi dengan
persekitarannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan