Sabtu, 21 Jun 2014

Ikan Gupi

Ikan Gupi (Poecilia reticulata) juga di
kenali sebagai (Ikan seribu ) merupakan
salah satu ikan air tawar yang paling
popular dibela sebagai ikan hiasan serta
sebagai makanan ikan pemangsa seperti
haruan dan arowana . Ikan Gupi berasal
daripada Brazil, Guyana, Venezuela dan
Kepulauan Caribbean. Ikan gupi mula-
mulanya telah diperkenalkan di negara-
negara Asia untuk mengawal populasi
nyamunk terutamanya nyamuk aedes.
Ikan Gupi yang jantan mempunyai tompok
atau belang yang berwarna kuning, jingga,
biru, merah , atau hitam (saiz antara
2-3cm) tetapi yang betina berwarna kelabu
(saiz antara 2-7cm). Ikan Gupi jika dibela
dalam keadaan kualiti air kurang baik
berserta jika suhu air tiba-tiba naik atau
turun akan mengakibatkan penurunan daya
tahanan imunisasi terhadap infeksi bakteria
merupakan salah satu punca kematian ikan
gupi.
Ikan guppy ni, jantannya yang cantik, menarik
dan buat orang tertarik. Betinanya pula
biasa2 je,warna kusam dan tak berapa
menarik. Kalau di kedai pun, harga ikan jantan
mahal sikit berbanding ikan betina. Harga
pasaran pun biasanya yang jantan seekor RM1
ke RM2 dan yang betina RM0.50 ke RM1.50.
Perkara yang menarik tentang ikan guppy ini
ialah ikan ini tidak mengeluarkan telur, tetapi
mengeluarkan anak ikan yang secara
puratanya mengikut pengalaman saya ialah
sebanyak 35 ekor. Jika lambat keluarkan anak
ikan ini atau tidak asingkannya, maka induk
ikan akan memakan anak2 nya.
Ikan guppy ini tidak mudah dan tidak susah
untuk dibiakkan, cuma perlu jaga PH air dan
suhu airnya. PH yang sesuai untuk ikan guppy
ini ialah diantara PH 6.5 hingga PH 7.0.
Penyakit juga mudah dihidapi ikan ini
sekiranya suhu air tidak sesuai dan air ikan
tercemar oleh bakteria
Ikan Guppy telah berkembang dan dibiakkan
secara komersial sehingga menghasilkan baka
ikan guppy yang baru. Antaranya Black
Moscow, Yellow Tuxedo Swallow, Yellow Tux
Albino, Sky Blue, Full Red dan pelbagai lagi
nama ikan guppy yang diberi. Harganya pula
mencecah RM500 seekor. Ikan Guppy betina
yang kebiasaannya tidak begitu menarik telah
menjadi menarik dan harganya lebih mahal
dari ikan guppy jantan. Ikan Guppy yang
SWALLOW atau ekornya seperti digunting
gunting lebih mempunyai keunikan sendiri
dan harganya juga lebih mahal dari yang
biasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan