Umum memang sudah tahu mengenai
khasiat yang terdapat pada buah tembikai.
Selain enak dimakan kerana rasanya yang
manis, segar dan mudah disediakan. Ia kaya
dengan vitamin A dan C, tiada lemak dan tinggi
kandungan air serta serat.
Namun ramai yang sukakan tembikai akan
membuang biji tembikai tanpa menyedari
bahawa biji tembikai kaya dengan khasiat yang
baik untuk kesihatan.
Antara manfaat biji tembikai kepada kesihatan
tubuh adalah ia mengandungi likopen yang
bukan saja menambah seri wajah tetapi juga
mampu menambah kesuburan lelaki.
Ia juga sumber terbaik bagi kumpulan vitamin
B yang penting dalam mengekalkan kesihatan
darah, sistem saraf dan berkesan dalam
memelihara sistem pertahanan badan.
Satu cara untuk mendapatkan kebaikan biji
tembikai adalah dengan merebusnya selama 45
minit di dalam periuk bertutup dan airnya
boleh diminum seperti teh. Selain dikatakan
baik untuk membantu seseorang sembuh
dengan lebih cepat, ia juga dikatakan boleh
menajamkan ingatan.
Selain itu, biji tembikai memiliki asid amino
lengkap, membantu serapan kalsium,
pembentukan kolagen dan tisu sambungan
serta meningkatkan metabolisma, sistem
kardiovaskular dan kesihatan seksual.
Ia juga penuh dengan magnesium yang penting
untuk memastikan fungsi sihat jantung,
mengekalkan tekanan darah normal,
menyokong proses metabolisma dan sintesis
protein.
sementara itu, kandungan minyak biji tembikai
juga baik untuk penjagaan kulit supaya ia
sentiasa gebu dan lembut, bebas daripada
masalah jerawat dan masalah penyakit kulit
yang lain serta mampu mengelak masalah
penuaan pramatang.
Apabila disapu pada rambut, minyak yang
berasal daripada biji tembikai membantu untuk
menjadikan rambut sihat, subur dan berkilat.
Jadi selepas ini jika anda memakan buah
tembikai, makan sekali biji tembikai!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan