Isnin, 30 Jun 2014

Resepi Ayam Percik

Bahan-bahan (perap ayam)
1/2 ekor ayam
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai
1/2 sudu besar ketumbar
1/2 sudu besar jintan putih

Bahan-bahan (kuah percik)
9 ulas bawang merah (dikisar)
1 ulas bawang putih (dikisar)
1/2 inci halia (dikisar)
4 sudu besar cili kisar
400 ml santan pekat
1 sudu kecil halba (fenugreek seeds)
3 batang serai (diketuk)
Sedikit belacan
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan air
Minyak masak untuk menumis

Cara-cara
1. Kisar bahan-bahan untuk memerap ayam.
Perap ayam selama 30 minit. Kemudian
bakar ayam sehingga masak.
2. Untuk kuah, tumis bahan-bahan yang
telah dikisar sehingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar. Kacau sekata,
kemudian masukkan air.
4. Masukkan santan, halba, belacan dan
serai. Kacau hingga sekata.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Masak sehingga kuah menjadi pekat
(30-40 minit).
7. Bila siap, curahkan kuah ke atas ayam
yang telah dibakar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan