LANGKAH PERTAMA: Kenalpasti Jantina
Cara nak kenalpasti ikan laga jantan dan ikan
betina senang je. Biasernya ikan jantan ekor
die panjang, warna lebih terang, dan lebih
agresif. Tapi sekarang ni para penternak dah
hasilkan betina yang ekor panjang dan warna
yang terang. Jadi untuk kenal pasti ikan laga
betina ialah melalui abdomen dan juga biji
putih di bahagian anusnya. Tengok gambar kat
bawah tu..nampak tak biji putih kat perut tu.
LANGKAH KEDUA : Pilih Induk Yang Matang
Untuk membiakkan ikan laga, anda mesti
memastikan induk yang akan dibiakkan adalah
matang. Ikan laga biasenya dah matang bila
mencapai umur 4 bulan sekiranya diberi
makanan yang secukupnya. Tapi anda boleh
memerhatikan ikan laga tersebut.
Jantan
Induk jantan yang matang dan bersedia untuk
membiak akan membuat buih di
permukaan..tuh maknenya dia tengah ‘hot’ arr
tuh.
Betina
Bagi yang betina pula, anda perlu perhatikan
perut atau abdomennya. Induk ikan laga betina
yang bersedia untuk dibiakkan mempunyai
perut yang buncit dan terdapat biji putih di
bahagian anusnya.
LANGKAH KETIGA: Sediakan Tangki Yang
Sesuai
Bagi kaedah pembiakan, anda perlu
menyediakan tangki yang selesa sekurang-
kurangnya bersaiz 1 kaki x 1 kaki x 1 kaki.
Anda boleh menggunakan macam-macam
contohnya akuarium, baldi, dan sebagainya.
Lagi besar lagi bagus kerana tangki yang besar
boleh meningkatkan peluang anak-anak ikan
untuk hidup. Masukkan air lebih kurang 4,5
inci dari dasar. Jangan letak air terlalu dalam,
nanti payah induk-induk tu nak kutip telur.
Dalam tangki tu kalau boleh letak la sikit
perlindungan untuk induk betina macam kayu
atau pokok kiambang. Mana tahukan kot-kot
yang jantan ganas. Senangla induk betina nak
menyorok bila kena kejar. Satu petua nak
kongsi dengan anda semua, anda boleh
meletakkan daun ketapang kering atau nama
saintifiknya almond leaf ke dalam tangki
tu..daun ketapang ni macam tongkat ali atau
booster la untuk ikan ni..air akan jadi berasid
dan sesuai untuk pembiakan..die lagi
gersang..dan cepat membiak. Untuk meransang
pembentukan buih oleh jantan, sebaiknya letak
la polistrene atau kiambang untuk mengekalkan
buih tuh sebab ikan akan suka buat buih di
bawahnya.
Ni la daun ketapang, tapi jangan letak yang
masih hijau lak. Letak yang dah kering.
LANGKAH KEEMPAT: Masukkan Induk
Jantan Dahulu Dalam Tangki
Sebaiknya anda letak induk jantan dulu dalam
tangki pembiakan. Induk betina ni anda
masukkan dalam bekas kaca atau apa-apa bekas
lutsinar (biar yang jantan boleh nampak). Lepas
tu masukkan dalam tangki yang ada induk
jantan tadi. Ikan ni tak boleh dilepaskan sekali
dalam tangki kerana yela..nama pun ikan
laga..nanti ikan tu akan berlaga. Kalau betina
kalah takpe, tapi kalau induk jantan yang kalah
maknanya anda kena cari calon suami lain la
untuk dia. Jadi macam ni la caranya untuk
mengelakkan dari ikan-ikan ni berlaga. Kena
kenal-kenalkan diorg dulu.
LANGKAH KEEMPAT: Masukkan Induk
Betina Selepas Induk Jantan Buat Buih
Sekiranya anda nampak induk jantan telah buat
buih. Maknanya dia telah bersedia untuk
mengawan. Buih tu sebenarnya adalah sarang.
Selepas jantan buat buih masukkan la induk
betina. Induk jantan dan betina nie sebaiknya
dicampurkan atau dikahwinkan di awal pagi.
Mula-mula anda lepaskan induk betina, induk
jantan akan mengejar induk betina. Tapi jangan
risau, sang jantan tu dah lama sangat
mengidam kat induk betina tu. Biasanya
menjelang tengahari ikan nie akan melakukan
ritual peneluran..ikan jantan akan menari
dengan mengibaskan ekornya, membelit betina
dan mengutip telur dan memasukkannya ke
dalam buih..’projek’ nie akan berlaku dari
setengah jam hinga sejam..selepas ‘projek’ tu
dah selesai, eloklah anda alih yg betina dan
tinggalkan yang jantan sahaja..sebab jantan
akan jaga telur dan anak-anak ikan nanti.
Induk betina pula akan makan telur atau anak,
tapi tak semua la induk betina akan makan
telur atau anak. Jadi untuk selamat, lagi mudah
anda asingkan je.
Telur tu akan menetas dalam masa 24jam
hingga 36jam bergantung pada suhu
semasa..sebaiknya letak di atas kayu atau
rak..jangan letak atas simen..sejuk..mati ikan
nanti. Selepas sehari anak ikan menetas, anda
boleh samaada nak asingkan induk jantan atau
tidak. Kalau anda tengok induk jantan ni makan
anak, anda kena asingkan cepat-cepat. Tapi
kalau tak makan, tak perlu asing la sebab induk
jantan ni akan jaga dan pastikan tangki anda
tidak dipenuhi jentik-jentik. Jentik-jentik ni
boleh makan anak-anak ikan.
Ini la ritual bertelur
LANGKAH KELIMA: Penjagaan anak
Anak2 ikan laga perlu diberi makan selepas 3
hari mereka menetas, seeloknya rotifer
disamping air hijau sebagai
supplemen..kebaikan air hijau ni die akan
melindungi badan anak ikan dari penembusan
cahaya matahari yang boleh merosakkan mata
dan organ anak ikan tersebut. Air hijau nie
sebenarnya mengandungi phytoplankton
bernama chorella secara majoritinya, tapi ada
gak banyak species lain yg ada. Ia boleh
didapati dari air ternakan ikan tilapia, ikan keli.
Selepas seminggu cuba ar dapatkan moina atau
artemia untuk peringkat pemakanan
seterusnya..ikan laga nie akan makan apa
sahaja yang muat dengan mulutnye..satu lagi
tips ikan laga nie akan lagi cantik dan cepat
membesar jika diberi makanan hidup seperti
jentik-jentik ataupun frozen blood worm.
Sabtu, 7 Jun 2014
Cara membiakkan ikan laga
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan