Sabtu, 7 Jun 2014

Ikan Laga


Ikan Pelaga
Ikan pelaga jantan
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Subfilum: Ikan
Kelas: Actinopterygii
Order: Perciform
Famili: Osphronemidae
Genus: Betta
Spesies: B. splendens
Binomial: Betta splendens
Ikan Pelaga memang cantik tetapi suka
bergaduh dengan ikan lain termasuk jenis
ikan pelaga yang lain. Perlu masuk di dalam
bekas yang berasingan dengan ikan lain.
Ikan pelaga merupakan sejenis ikan air
tawar yang yang dipelihara di dalam
akuarium . Ia berasal dari lembangan Sungai
Mekong di Asia Tenggara.
Antara jenis ikan pelaga ialah Betta
splendens (ikan pelaga siam), Betta imbellis
( ikan mengkaring ) dan Trichopsis vittata
( ikan sempilai ).Selain itu ikan pelaga juga
dikenali dengan nama ikan laga .
Penjagaan Ikan Pelaga
Air yang sesuai untuk ikan pelaga adalah air
yang bebas klorin. Air tapis dan air yang di
masak sesuai untuk ikan Pelaga kerana air
ini tidak mengandungi klorin. Jika
menggunakan air paip biarkan air tersebut
selama 3-5 hari sebelum digunakan untuk
ikan pelaga.Terdapat juga ubat anti-klorin
yang boleh didapati dimana-mana kedai ikan
peliharaan. Air yang sudah dirawat juga
alternatif yang baik untuk ikan pelaga. Air
mempunyai pengaruh besar kerana air yang
kotor atau berklorin boleh mendatangkan
banyak penyakit kepada ikan pelaga ini
kerana air-air ini mengandungi bacteria
yang tidak sihat untuk ikan pelaga. Jika
bekas akuarium atau balang ikan pelaga
tiada penutup pastikan air tidak terlalu
penuh.Ini kerana ikan pelaga sangat aktif
dan boleh melompat keluar dari akuarium.
Makanan
Makanan berbentuk pellet sesuai untuk ikan
pelaga.Hal ini disebabkan ikan pelaga
hanya makan makanan yang muat dengan
mulut mereka. Kadang-kadang ikan laga juga
cerewet dalam pemakanan. Makanan ikan
lain seperti makanan ikan emas dan koi
tidak sesuai untuk ikan pelaga.
Pembersihan Aquarium atau bekas
Ikan Pelaga
Pembersihan aquarium untuk ikan pelaga
sekurang-sekurangnya sekali seminggu.
Tempatkan ikan laga dalam air lama ketika
membersihkan bekas. Bersihkan bekas ikan
pelaga dengan air panas atau suam kerana
sabun boleh menjejaskan kesihatan ikan
pelaga.penambahan ubat anti-klorin
diperlukan jika menggunakan air paip. Air
yang telah ditukar haruslah sama suhunya
dengan air lama.Ini adalah untuk
mengelakkan perubahan suhu mengejut yang
boleh membawa maut pada ikan pelaga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan