Tumbuk Lada
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tanah Melayu. Bentuk bilah senjata ini seakan badik dari Sulawesi, tetapi bentuk sarungnya berbeza.
Pada pangkal sarung Tumbuk Lada terdapat bonjolan bundar yang selalunya dihias dengan ukiran
yang dipahat. Sarung senjata ini selalunya dilapis dengan kepingan perak yang diukir dengan pola-pola rumit.
Senjata ini tergolong dalam jenis senjata pendek engan mata pada sebelah bilah sahaja dan boleh
diguna secara tunggal ataupun sepasang.
Panjang bilah tumbuk lada sekitar 27 cm hingga 29 cm. Lebar bilahnya sekitar 3.5 cm hingga 4 cm.
Dari tengah bilah sampai ke pangkalnya terdapat alur yang dalam.
Selain keris, Tumbuk Lada pada zaman dulu juga menjadi salah satu kelengkapan pakaian adat di
Tumbuk Lada digunakan secara menikam, menghiris dan menjajah dalam pertempuran jarak dekat.
Ia boleh dipegang dengan dua jenis genggaman iaitu dengan mata keatas ataupun mata ke bawah.
Seorang yang ahli dalam permainan tumbuk lada akan menukar genggaman senjata ini bagi mengelirukan musuh.
SUMBER DARIPADA http://ms.wikipedia.org/wiki/Tumbuk_Lada
SUMBER DARIPADA http://ms.wikipedia.org/wiki/Tumbuk_Lada
Tiada ulasan:
Catat Ulasan