Sabtu, 20 Oktober 2012

Siapakah Melayu?

SIAPAKAH MELAYU? DARIMANAKAH ASAL MELAYU ITU?



Kalau mengikut semua kitab-kitab agama (baik Islam mahu pun Yahudi) , Imam Mahdi sudahpun lahir. Beliau hanya menunggu masa sahaja perlantikan daripada ALLAH SWT .
Kalau mengikut kitab Yahudi lama, Imam Mahdi mestilah muncul di sekitar 2010 sehingga 2013. Inikerana negara Israel hanya dibenarkan oleh ALLAH SWT dalam lingkungan 40 tahun sahaja.
Tahun 2012 adalah tahun yang ke 40 bagi negara Israel. Iaitu Israel bermula daripada tahun 1973 hasil daripada Perjanjian Kem David diantara Israel dengan Liga Arab.Kalau mengikut kitab Islam pula, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda , mafhum – akan terjadi 2 gerhana serentak pada 10 Ramadan (iaitu sebuah planet besar akan menutupi ruang antarabumi dengan matahari sehingga mengakibatkan kedua-dua bumi dan bulan tertutup daripada pancaran matahari) yang mana ianya tidak pernah berlaku sebelum ini dan tidakakan berlaku lagi selepas ini.
Ketika itu di Masjid Nabawi di Madinah, akan muncul satu suara yang akan melantik Imam Mahdi sebagai Khalifah Islam. Kalau mengikut ahli kaji bintang,sebuah planet yang bernama Nibiru akan muncul pada tahun 2012, dan akan berada pada kedudukan sangat hampir dengan bumi sehingga ahli kaji bintang menganggap ianya mungkin akan berlanggar dengan bumi.
Jawapan bagi soalan “Siapa gerangan yang akan menjadi Imam Mahdi”, sukar hendak sayajawab secara spesifik. Ini kerana saya belum berjumpa dengan individu tersebut. Namun secara amnya, namanya ialah sama ada Wan Muhammad bin Wan Abdullah atau Nik Muhammad bin Nik Abdullah atau Long Muhammad bin Long Abdullah atau pun PangeranMuhammad bin Pangeran Abdullah.
Beliau mungkin mempunyai pertalian dengan negeri Kelantan (namun tidak semestinya menetap di negeri Kelantan). Beliau mestilah fasih dalam4 bahasa , iaitu Arab, Melayu, Inggeris dan Urdu . Ini berpandu kepada hadis mengenai Bani Ishak yang disabdakan oleh Nabi s.a.w. sebagai tentera Imam Mahdi.
Jadi ada kemungkinanbeliau belajar Tahfiz dan Alim di Pakistan dan beliau merupakan orang Melayu. Tentangbahasa Inggeris pula, saya ambil dari cerita tentang peperangan antara tentera Imam Mahdidengan orang puteh, yang mana Imam Mahdi akan berdialog dengan tentera orang puteh.Jadi mungkin beliau pernah berada di luar negara seketika iaitu tempat di manapertututurannya adalah bahasa Inggeris. . Beliau juga mestilah berpakaian seperti orang-orang Pakistan utara, iaitu menyerupai pakaian Patan/Pashtun.
Kegemaran beliau mestilahsama dengan puak Patan/Pashtun iaitu meminum teh pekat panas dan memakai selendangberbulu. Sifat beliau mestilah sama dengan sifat Saidina Ali r.a. . Iaitu pertama pantang melihat Agama Islam dihina, kedua suka berperang , ketiga pendiam (atau tidak fasihbertutur) dan keempat suka melayan tetamu. (Pandangan saya sahaja).
Kalau ramai orang-orang saleh pernah bermimpi Nabi s.a.w. , begitu juga dengan Imam Mahdi. Malah beliau lebih kerap bermimpi Nabi s.a.w. lebih daripada orang-orang saleh yang lain. Bukan itusahaja, beliau juga mestilah pernah bermimpi Saidina Ali r.a. dan juga Fatimah r.a. . Fatimahr.a. seharusnya memanggilnya sebagai anak atau cucu.Manakala Saidina Ali r.a. pula harus mengajarkannya satu amalan khusus yang pernah Nabis.a.w. ajarkan kepada Saidina Ali r.a. . Iaitu amalan yang menyebabkan Saidina Ali r.a. boleh mendengar bumi bercakap.
Jadi Imam Mahdi mestilah seorang yang mampu mendengar percakapan bumi. Contohnya , sekiranya akan berlaku kejadian tsunami, Imam Mahdi sudah tentu dapat mengesannya terlebih dahulu sama seperti hidupan-hidupan di laut.
Namun ALLAH sahaja Yang Lebih Mengetahui tentang siapa sebenarnya Imam Mahdi.Saya hendak komen sedikit tentang salah faham Umat Islam mengenai asal-usul ImamMahdi. Terdapat kecenderungan Umat Islam untuk mengaitkan Imam Mahdi dengan bangsaArab.
Walaupun Imam Mahdi berketurunan Nabi Muhammad s.a.w. , namun pada pendapatsaya beliau bukannya berbangsa Arab. Sesetengah Ulama cepat untuk membuat conclusionmengenai bangsa Imam Mahdi. Ini kerana ramai Ulama terkeliru tentang tempat kelahiranImam Mahdi di Madinah sebagai bangsa Arab.
Walaupun Imam Mahdi lahir di Madinah ,bukan bermakna beliau juga merupakan seorang berbangsa Arab. Paling hampir, hadismensabdakan bahawa (mafhum) wajah Imam Mahdi seakan-akan wajah Arab dan badanImam Mahdi seakan-akan badan Bani Israel. Berapa ramai orang Melayu yang berwajah Arab, contohnya Syed Hamid Albar. Wallahualam bissawab….
Imam Mahdi sepatutnya merupakan pengikut kepada keluarga Bani Tamim.Siapa Bani Tamim???Bani Tamim merupakan keluarga yang terdiri daripada para wali dan Ulama tersohor diseluruh dunia, dan mempunyai salasilah daripada keturunan Saidina Abu Bakar r.a. .
Mereka berpusat di sebelah Timur. Pengikut Bani Tamim terdiri daripada ramai Umat Islam dariserata dunia. Sekiranya mereka ingin membuat satu-satu perhimpunan, maka ramai UmatIslam dari serata dunia yang akan hadir, yang mana jumlahnya boleh mencecah jutaanorang. Bukan itu sahaja, Umat Islam dari negara-negara yang tidak popular seperti
Guatemala dan Gabon juga akan hadir. Seperkara lagi, kalau berpandukan kepada carapenyampaian hadis, Bani Tamim mungkin mempunyai Khalifah yang telah meninggal duniasebelum itu. Sebab itulah perlantikan Imam Mahdi oleh Bani Tamim di Mekah/Madinahdisambut oleh ramai Umat Islam di serata dunia.
Mustahil perlantikan Imam Mahdidisebarkan oleh kerajaan-kerajaan Islam yang ada sekarang. Kerana kerajaan Umat Islamsekarang berada dalam keadaan sangat lemah dan mempunyai pemimpin-pemimpin yangpelbagai. Jadi pada hemat saya, Bani Tamim mempunyai Khalifah Islam yang telahmeninggal dunia sebelum kemunculan Imam Mahdi.Jadi persoalan sekarang, kenapa kumanddie mengandaikan bahawa Imam Mahdi merupakan orang Melayu???
Ketika perlantikan Imam Mahdi oleh seorang Pemuda Bani Tamim di hadapan Kaabah,kemudian melalui satu suara dalam Masjid Nabawi ; dalam waktu yang singkat sahaja pengikut-pengikut Pemuda Bani Tamim dari kalangan Bani Ishak (iaitu Bani Israel Islam dananak-anak Keturah) terus menawarkan diri untuk bersama-sama Imam Mahdi untukberperang Sabil.
Sedangkan pengikut Pemuda Bani Tamim ini terdiri daripada seluruh UmatIslam di serata dunia. Jadi maksudnya, Imam Mahdi rapat dengan beberapa negara sahaja,seperti Pakistan, Afghanistan, Malaysia, Thailand, Singapura, Brunei dan Indonesia. Sebabitulah , kumanddie berani membuat hipotesis bahawa Imam Mahdi boleh bertutur dalamkedua-dua bahasa Melayu dan Urdu dengan fasih (selain bahasa Arab).
Selain daripada itu,kalau berpandukan kepada hadis mengenai peperangan antara Umat Islam dengan Romawi,terdapat dialog antara Imam Mahdi dengan Jeneral Romawi. Maksudnya Imam Mahdi jugafasih berbahasa Inggeris.
Seperkara lagi, saya ingin menegaskan, tentera Imam Mahdi bukan di kalangan orang-orangArab. Sekiranya Imam Mahdi adalah orang Arab, maka ramai daripada Umat Islam dari TanahArab akan bertempur di Palestin bersama Imam Mahdi. Jadi kalau melihat kepada senariosemasa, jarang orang-orang Urdu datang ke Alam Melayu untuk belajar Agama Islam.Sedangkan ramai orang-orang Melayu yang pergi menuntut di Alam Urdu untukmempelajari Agama Islam.
Jadi maksdunya, Imam Mahdi mungkin merupakan orang Melayuyang pernah menuntut Tahfiz dan Alim di Pakistan. Beliau juga merupakan pengikut BaniTamim. Dan Bani Tamim mestilah berpusat di sebelah Timur.Jadi kalau berpandukan kepadahadis bahawa, Pemuda Bani Tamim meminta kebaikan tetapi tidak diberikan. Kemudianmereka berusaha dan berjaya.
Kumanddie mengandaikan bahawa ini merupakan percubaan Pemuda Bani Tamim untuk memindahkan pusat Bani Tamim dari sebelah Timur ke Mekah atau Madinah. Bendera hitam yang diberikan oleh Pemuda Bani Tamim kepada Imam Mahdimerupakan peninggalan Rasulullah s.a.w. . Jadi ada kemungkinan , Pemuda Bani Tamimpernah bermimpi berjumpa Rasulullah s.a.w. dan Saidina Abu Bakar r.a. . Dan Pemuda BaniTamim mungkin ada diberi penerangan tentang lokasi bendera hitam tersebut olehRasulullah s.a.w. . (47)
———————————————————————————————-
Bahagian 10 :Conclusion :Imam Mahdi merupakan orang Melayu. Namun Pemuda Bani Tamim bukanorang Melayu. Ini kerana tidak ada jumlah Umat Islam yang sangat ramai dari serata duniayang datang ke Alam Melayu.Dalil mengatakan bahawa Imam Mahdi merupakan keturunan dari Saidina Hassan r.a.http://www.youtube.com/watch?gl=CA&hl=…feature=related


Sesetengah orang-orang tua mengatakan bahawa kaumJawi adalah bangsa Jawa sekarang. Kalau dilihat dari segi air muka, mungkin adakebenarannya. Namun begitu tiada ujian DNA pernah dilakukan bagi tujuan pengesahan.Namun, sekiranya dakwaan ini benar, maka Jawa akan berada di barisan tengah di dalampasukan tentera Imam Mahdi. Jadi ini tidak bersalahan dengan hadis Nabi s.a.w. bahawa ,tentera Imam Mahdi adalah di kalangan Bani Ishak.
……………………………………………………………………………………………………….
Saya hendak tambah sedikit cerita tentang Jawi. Pemahaman Arab tentang Bani Jawi yangmerujuk kepada Melayu adalah sedikit tersasar. Di alam Melayu , Jawi merujuk kepadaagama Nabi Ibrahim a.s.. Bani Jawi yang menjadi rujukan Arab sebenarnya bermaksudketurunan Keturah.
Siapakah Keturah?
Keturah adalah isteri ketiga Nabi Ibrahim a.s. . Setelah kewafatan Sarah, Nabi Ishak a.s. telahmerayu Nabi Ibrahim a.s. untuk berkahwin dengan ibu angkat beliau dari kerajaan Champa.Akhirnya Nabi Ibrahim a.s. bersetuju dan berkahwin dengan Keturah dan telah dikurniakanALLAH 6 orang anak. Nama anak-anak Keturah adalah Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah .
Anak-anak mereka inilah menjadi pengasas kepada bangsa Melayu.Melayu diambil dari perkataan Mala (nama bangsa asas Keturah iaitu Mala/Mon) , dansementara Yur pula diambil dari nama tempat asal-usul Nabi Ibrahim a.s. , iaitu berhampirandengan kota Babylon. Bukan itu sahaja, keturunan Keturah inilah yang ramai tinggal diTanah Melayu, Sumatera, Jawa, Borneo, Sulawesi dan Mindanao.
Kesemua tempat inimerupakan tempat yang mempunyai tulisan purba yang diadaptasi dari tulisan Yahudi tua.Tulisan Rencong adalah tulisan rasmi Melayu. Jawa danBugis juga mempunyai tulisan yang hampir serupa. Agama rasmi Melayu adalah agama Jawi.Agama Jawi adalah agama Nabi Ibrahim a.s.. Jawi sebenarnya adalah Levi, iaitu anak kepadaNabi Yaakob a.s. . Levi merupakan ketua Ulama dan ketua Rahib bagi agama Nabi Ibrahima.s. di kalangan Bani Israel.Keturah bukanlah Melayu.
Walaupun beliau melahirkan bangsaMelayu, Keturah adalah daripada bangsa Mala/Mon .Sekiranya kita lihat orang-orang asli seperti Mahmeri dan Jakun, bahasa mereka adalahdiambil dari bahasa Mala/Mon. Semua bangsa seperti Mahmeri, Jakun, Iban, Kadazan,Melanau, Bajau, dan seumpamanya adalah merupakan bangsa asal Mala/Mon. DNA bagi bangsa ini adalah 01m-19a . Jika kita lihat DNA Melayu Kedah dan Iban, kedua-dua merekamempunyai persamaan.
Tetapi kenapa Melayu Kedah lebih bijak dan segak, ini adalahkerana mereka daripada keturunan Nabi Ibrahim a.s. dan Keturah. Begitu juga MelayuSelangor dan Mahmeri. Kedua-dua puak ini mempunyai DNA yang serupa. Namun MelayuSelangor jauh lebih bijak dan segak daripada Mahmeri. Punca perbezaan adalah daripadagenetik Nabi Ibrahim a.s.
Namun Mala/Mon bukanlah bangsa asal. Mala/Mon adalah daripada bangsa Scythia. Scythiamerupakan bangsa asas kepada semua puak Eskimo, asli Yunan, asli Dai, asli Taiwan, LembahMekong, Tanah Melayu, Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi , Filipina, Pasifik , Madagascar danAmerika Latin.Scythia merupakan sebuah bangsa nomad berkerajaan yang berasal daripadaAsia Tengah berhampiran dengan Laut Hitam.
Kaitan antara Melayu dengan Scythia telahdirumus oleh seorang Arkaelogist Eropah di sekitar tahun 1830an lagi (lama tu). Maka , ada kemungkinan Scythia merupakan bangsa asal daripada Nabi Adam a.s. Ini kerana Nabi Adama.s. mempunyai 19 pasang anak , atau bermaksud 19 bangsa asas (kalau tak silap saya). JadiNabi Adam a.s. telah ajarkan 19 jenis bahasa kepada kesemua 38 orang anak beliau,berdasarkan kepada jenis bangsa tersebut.Jadi , apa yang saya hendak tegaskan disini ialahyang disabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. berkenaan Bani Ishak yang menjadi tentera Imam Mahdi adalah merupakan anak-anak Keturah (orang Islam Asia Tenggara), dan juga Bani Israel yang beragama Islam (mungkin keturunan Nabi Yusuf a.s. iaitu dari Afghanistan,Pakistan dan Tanah Melayu).
Jika kita lihat hadis Nabi s.a.w., maka kita akan dapati cerita akhir zaman hanya berkisar dikalangan keturunan Nabi Ibrahim a.s. . Persoalan sekarang adalah kenapa ALLAH melantiktentera Imam Mahdi di kalangan Bani Ishak???Ini adalah kerana sewaktu dunia akhir zaman, keturunan Nabi Ibrahim a.s. di pandang hinamalah disamakan dengan Iblis laknatullah alaihi , terutama sekali di sebelah Bani Israel.
Contohnya adalah Dajjal laknatullah alaihi, Yahudi jahat, Freemason, Illuminati, dansebagainya. Ini semua telah memburukkan nama baik Nabi Ibrahim a.s. . Namun begitu didalam al-Quran , ada terpampang tentang doa khusus Nabi Ibrahim a.s. untuk keturunannya, iaitu beliau meminta ALLAH menjadikan keturunan Nabi Ibrahim a.s. sebagai golonganyang mendirikan sembahyang , terus-menerus sehingga Hari Kiamat.
Jadi kemunculan tentera Imam Mahdi adalah untuk memadamkan salah faham tentang keturunan NabiIbrahim a.s., yakni di kalangan Bani Israel. Mungkin ALLAH ingin menunjukkan kepadahambaNYA bahawa ada keturunan Bani Ishak (termasuk Bani Israel) yang terus-menerusmendapat hidayat daripada ALLAH SWT. Ada sesetengah ulama ada mengatakan terdapatlebih 60 buah kubur Sahabat Nabi s.a.w. yang tertanam di kawasan Malaysia-Indonesia.
Maksudnya kita masih belum putus daripada hidayat ALLAH sejak zaman Nabi Ibrahim a.s.lagi. Begitu juga Pakistan dan Afghanistan masih belum putus daripada hidayat ALLAH sejakzaman Bani Israel lagi. Mereka juga menganut agama Islam sejak zaman awal Islam lagi.Untuk menguatkan lagi hubungan antara Bani Ishak dengan anak-anak Keturah , cuba bacakitab Yahudi tua ini :
Genesis 25:1-9 Then again Abraham took a wife, and her name was Keturah. And she barehim Zimran, and Jokshan, and Medan, and Midian, and Ishbak, and Shuah. And Jokshanbegat Sheba, and Dedan. And the sons of Dedan were Asshurim, and Letushim, andLeummim. And the sons of Midian; Ephah, and Epher, and Hanoch, and Abidah, and Eldaah.All these were the children of Keturah. And Abraham gave all that he had unto Isaac. Butunto the sons of the concubines, which Abraham had, Abraham gave gifts, and sent themaway from Isaac his son, while he yet lived, eastward, unto the east country. And these arethe days of the years of Abraham’s life which he lived, an hundred threescore and fifteenyears. Then Abraham gave up the ghost, and died in a good old age, an old man, and full ofyears; and was gathered to his people. And his sons Isaac and Ishmael buried him in the caveof Machpelah.
Sebelum wafat, Nabi Ibrahim a.s. telah memberi semua anak-anak beliau melaluiperkongsian hidup bersama Keturah kepada Nabi Ishak a.s. . Ini membuktikan bahawa yang dikatakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. bahawa tentera Imam Mahdi adalah dikalangan Bani Ishak adalah umat Islam di kalangan Bani Israel dan anak-anak Keturah .
Yakni Afghanistan,Pakistan, Melayu dan Nusantara.Pasal nasab Rasulullah s.a.w., kebanyakan nasab keturunan Nabi Muhamad s.a.w. adalahdaripada Ali Zainal Abidin , iaitu anak kepada Saidina Hussein r.a. . Keturunan Ali ZainalAbidin merupakan yang ramai sekali di nusantara.
Ini termasuk Raja Aceh, Sultan Pahang,Raja Lama Terengganu, Raja Lama Johor, Wali Songo, Sultan Banten, Sultan Cirebon, Sayyiddari Hadramaut, Sharif dari Hadramaut, Sheikh, Syed, Raden, Habib, Wan (Pahang), Wan(Terengganu), Megat, Meor, Tengku (Johor), Tengku (Pahang), Tengku (Terengganu), danseumpamanya.
Walaupun mereka juga keturunan pendakwah., namun ini semua bukanketurunan yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. yang bakal menjadi Imam Mahdi.Yang bakal menjadi Imam Mahdi mestilah daripada keturunan Saidina Hasan r.a. . Setelah saya meneliti, maka keturunan Saidina Hasan r.a. adalah daripada Ali Nurul Alam, iaitubangsawan Majapahit yang mentadbir Kelantan Lama.
Keturunan tersebut adalah terdiri daripada Wan (kedua-dua Wan di Kelantan dan Wan di Acheh), Nik, Long dan Pangeran(Brunei). Inilah keturunan pendakwah yang ada kemungkinan merupakan gene yangdipunyai oleh Imam Mahdi.Satu perkara yang perlu diingat, Imam Mahdi tidak pernah mengaku bahawa beliau adalahbakal Imam Mahdi. Hanya Umat Islam yang akan mencari beliau.
Mengenai Pemuda BaniTamim pula, mana-mana Jemaah Islam yang berkiblatkan kepada keluarga Saidina AbuBakar r.a. ketika waktu ini, pemimpin mereka sebenarnya adalah Pemuda Bani Tamim yangdimaksudkan oleh Nabi s.a.w..
Tanda-tanda Pemuda ini ialah, sekiranya beliau hendak buatsatu perhimpunan, maka jumlah Umat Islam yang hadir akan mencecah jutaan orang dariseluruh pelusuk dunia. Ini termasuk dari negara-negara yang tidak popular sepertiNicaragua, Botswana, dan seumpamanya. Saya kira , saya tidak perlu hurai secara detailtentang perkara ini. Anda semua boleh periksa di masjid masing-masing
Saya ingin huraikan sedikit kenapa saya kata Imam Mahdi mungkin orang di sebelah sini.Pertamanya , mengikut tertib ALLAH, sekiranya orang yang mulia hendak dibangkitkan,maka keturunannya mestilah di kalangan pendakwah. Sekiranya kita lihat sekarang,keturunan Nabi s.a.w. yang ada di Tanah Arab bukanlah terdiri daripada keturunan pendakwah.
Jadi kalau ALLAH hendak membangkitkan manusia mulia, ianya mestilahseorang daripada darah pendakwah. Jadi ahlul bait yang berada di luar Tanah Arab yangsepatutnya menjadi keutamaan di sisi ALLAH. (Namun ini hanyalah pandangan saya yg hinasahaja).Kedua , mengikut hadis, pengikut Imam Mahdi adalah di kalangan Bani Ishak. Jadi terdapatdua golongan sahaja dalam kategori ini. Iaitu Bani Israel Muslim dan anak-anak Keturah.
Setelah disiasat, hanya puak Nabi Yusuf a.s. sahaja yang dikatakan Bani Israel yang mendapat hidayat untuk menjadi Umat Islam. Mereka adalah Afghanistan, Pakistan dan Tanah Melayu.Kemudian yang ketiga, yang dikatakan sebagai anak-anak Keturah adalah orang-orangNusantara iaitu, Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, Brunei dan seumpamanya.Jadi maksudnya , Imam Mahdi mestilah menguasai bahasa Melayu, bahasa Urdu, bahasaInggeris dan bahasa Arab.
Saya kata bahasa Inggeris sebab ada dalam hadis mengatakanbahawa Imam Mahdi akan bersemuka dengan tentera Gentile (Romawi) sebelum TenteraIslam dan Tentera Nasrani berperang. Jadi Imam Mahdi mungkin fasih dalam 4 bahasa.Wallahualam bissawab…..
Saya hendak tambah sedikit, Imam Mahdi mungkin akan menjadi Khalifah Islam selama 19tahun (ada satu lagi riwayat mengatakan hanya 7 tahun). Namun selepas pemergian beliau,maka
Khalifah Islam yang seterusnya bernama MEGAT. Di sini perlu kita ingat. Terdapat 2jenis Megat dalam negara ini. Satu Megat daripada Tengku. Ini adalah keturunan Syed ZainalAbididn Tun Dagang, iaitu keturunan Nabi s.a.w. , iaitu daripada Saidina Hussein r.a. . Yang satu lagi Megat adalah daripada Bugis Makasar, iaitu keturunan daripada Yemen. Jadi Khalifah Islam yang dimaksudkan oleh Nabi s.a.w. adalah Megat daripada Bugis Makasar,iaitu keturunan daripada pendakwah Yemen.
Megat akan menggantikan Imam Mahdi sebagai Khalifah Islam (selepas kewafatan Imam Mahdi) dan akan memerintah selama 70tahun.Kemudian , 30 tahun selepas kewafatan Megat, maka terdapat seorang lelaki perkasa yangberkulit hitam keturunan Afrika akan menghancurkan seluruh Kaabah. Ketika itu akanmuncul binatang yang bernama Dabbatul-Ardh yang boleh berkata-kata seperti manusia,dan akan keluar daripada perut bumi.
Ketika itu juga, ALLAH akan matikan ramai orang yangberilmu dan orang beriman. Quran juga akan hilang daripada suhufnya. Waktu itu, merekayang ada kalimah Tauhid LAILAHAILLALLAH sahaja yang akan mendapat keampunan dankasih ALLAH.Wallahualam bissawab.

Sumber Daripada http://rmf7.wordpress.com/tag/melayu/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan