Selasa, 23 Oktober 2012

Dato Maharaja Lela


Dato Maharaja Lela

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Maharaja Lela Pandak Lam (meninggal dunia: 20 Januari 1877) ialah seorang pembesar kelapan Perak yang
 merupakan pejuang bangsa yang bertanggungjawab kepada sumpah dan janjinya.
Beliau berketurunan Daeng Selili, anak Raja Bugis yang berasal dari Daerah LuwukSulawesi. Semasa pemerintahan
 Sultan Mudzaffar Shah III, beliau datang ke Perak dan dilantik sebagai mufti serta dianugerahkan gelaran
 "Dato' Maharaja Lela Tan Lela", dengan kuasa boleh memancung tanpa bertanya.

[sunting]Pejuang bangsa

Pandak Lam kemudian merupakan pemimpin yang mengetuai perjuangan menentang British di Perak. Bersama-sama
 dengan pemimpin-pemimpin yang lain seperti Orang Kaya-kaya Seri Agar Diraja (lebih dikenali sebagai Dato' Sagor)
 dan Ngah Kandin, beliau merancang dan membuat pakatan untuk membunuh James Wheller Woodfird Birch
 (J.W.W. Birch), Residen British Perak. [1] Keputusan itu diluluskan oleh mesyuarat Durian Sebatang yang
 dipengerusikan oleh Sultan Abdullah dan dihadiri oleh pembesar-pembesarnya pada 21 Julai 1875. Namun, beliau
 didapati bersalah terhadap pembunuhan J.W.W. Birch pada 2 November 1875 di Pasir Salak oleh mahkamah yang
 bersidang dari 14 Disember hingga 22 Disember 1876 di Matang, Perak. Beliau dijatuhi hukuman gantung sampai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan