Jumaat, 26 Oktober 2012

SUNDANG


Sundang



Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sundang ialah sejenis senjata tradisi yang digunakan oleh orang-orang Bugis dan Sulu. Terdapat dua jenis

 sundang yang dikenal pasti iaitu sundang lipas berbentuk pedang dua mata dan sundang berbentuk keris

 besar sama ada berluk atau pun tidak. Senjata ini lebih sesuai untuk melibas, tidak sesuai untuk menikam.

 Sundang merupakan senjata utama Silat Sundang Siliwangi dan Sundang Lipas juga merupakan senjata utama

Sundang tidak digunakan untuk menikam seperti keris, ia lebih kepada menetak dan melibas.

 Saiz matanya agak besar dan lebih berat berbanding keris biasa. Hulu sundang juga lebih mirip

 kepada hulu pedang berbanding hulu keris. Ia popular di Filipina, Borneo, dan Sulawesi. Di

 Malaysia, ia dihasilkan di Terengganu, Kelantan,

Patani dan Utara Semenanjung Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan