Sabtu, 20 Oktober 2012

SULTAN SULTAN PERAK 1-34

SULTAN-SULTAN PERAK

Sultan-Sultan Perak
BilanganSultanPemerintahan
1Sultan Mudzaffar Shah I1528 - 1549
2Sultan Mansur Shah I1549 - 1577
3Sultan Ahmad Tajuddin Shah1577 - 1584
4Sultan Tajul Ariffin Shah1584 - 1594
5Sultan Alauddin Shah1594 - 1603
6Sultan Mukaddam Shah1603 - 1619
7Sultan Mansur Shah II1619 - 1627
8Sultan Mahmud Shah I1627 - 1630
9Sultan Sallehuddin Shah1630 - 1636
10Sultan Mudzaffar Shah II1636 - 1653
11Sultan Mahmud Iskandar Shah1653 - 1720
12Sultan Alauddin Mughayat Shah1720 - 1728
13Sultan Mudzaffar Shah III1728 - 1752
14Sultan Muhamad Shah1744 - 1750
15Sultan Iskandar Dzulkarnain1752 - 1765
16Sultan Mahmud Shah II1765 - 1773
17Sultan Alauddin Mansur Shah1773 - 1786
18Sultan Ahmaddin Shah1786 - 1806
19Sultan Abdul Malik Mansur Shah1806 - 1825
20Sultan Abdullah Muadzam Shah1825 - 1830
21Sultan Shahabuddin Riayat Shah1830 - 1851
22Sultan Abdullah Muhammad Shah I1851 - 1857
23Sultan Jaafar Safiuddin Muadzam Shah18571865
24Sultan Ali al-Mukammal Inayat Shah1865 - 1871
25Sultan Ismail al-Muabidin Riayat Shah (mangkat: 1889)1871 - 1874
26Sultan Abdullah Muhammad Shah II (mangkat: 1922)1874 - 1876
27Sultan Yusuf Sharifuddin Mudzaffar Shah1876 - 1887
28Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah1887 - 1916
29Sultan Abdul Jalil Nasruddin al-Muhtaram Shah1916 - 1918
30Sultan Iskandar Shah1918 - 1938
31Sultan Abdul Aziz al-Mutasim Billah Shah1938 - 1948
32Sultan Yussuf Izzuddin Shah1948 - 1963
33Sultan Idris al-Mutawakkil Alallahi Shah1963 - 1984
34Sultan Azlan Muhibbuddin Shah1984 - kini
 SUMBER DARIPADA http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Perak#Lanjutan_Kesultanan_Melaka


Sejarah Pembukaan

Pada tahun 1511, setelah Kerajaan Melaka jatuh ke tangan Portugis, Sultan Mahmud Shah telah berpindah dan menubuhkan kerajaannya di Bentan. Pada tahun 1526, Portugis telah menyerang kerajaannya sekali lagi menyebabkan baginda terpaksa berundur ke Kampar dan menubuhkan kerajaannya di sana.
Pada masa itulah Tun Saban telah berhijrah ke Hulu Patani dan tinggal di satu tempat bernama Beredung Budi; kemudian berpindah ke Hutan Belum, di Hulu Perak, dan membuka kampung di tempat yang bernama Relap Hati lalu menjadi ketua orang-orang di Hutan Belum.


Tun Saban

Pada masa itu, Negeri Perak belum ada raja tetapi penduduknya sudah ramai. Maka pada suatu ketika yang baik, Tun Saban telah pergi ke Kampar, mengadap Sultan Mahmud Shah, memohon seorang putera baginda untuk dirajakan di Perak. Baginda lalu mengurniakan puteranya bernama Raja Muzaffar beserta dengan alat kebesaran negeri. Pada tahun 1528, Raja Muzaffar telah ditabalkan menjadi Sultan Perak yang pertama dengan gelaran Paduka Seri Sultan Muzaffar Shah ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Shah.
Setelah Tun Saban meninggal dunia,(tiada catatan mengenai tarikh sebenar) tetapi mayatnya dikebumikan di Changkat Merah dan hingga sekarang pusaranya itu terkenal dengan nama Keramat Tok Merah. Beberapa orang keturunannya dilantik menjadi Orang Besar di Negeri Perak.
Keramat Tok Merah mungkin ada kebenaran. Namun, menurut ahli surih tua. Tun Saban Makamnya dikebumikan di GUnung Bubu. Namun kesahihan ada sebetulnya kerana Gunung Bubu yang sebetulnya terletak di Kuala Kangsar.

[sunting]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan