Tahukah anda kebanyakan pakar nutrisi
menganggap buah avokado sebagai makanan
sempurna? Ia mempunyai pelbagai kebaikan
untuk kesihatan dan juga kecantikan. Walaupun
kaya dengan kalori, ia adalah kalori yang padat
dengan nutria. Avokado mengandungi lebih 25
nutrisi termasuk vitamin A, B, C, E & K, iron,
zat besi, magnesium dan potasium yang
berupaya melindungi kita daripada pelbagai
penyakit.
Terdapat pelbagai cara untuk makan buah
avokado antaranya adalah dengan
memasukkannya dalam salad atau sebagai
pengganti daging untuk sandwich.
Sebelum itu apa kata kita lihat antara kebaikan
buah avokado yang baik untuk kesihatan diri.
Jantung kekal sihat
Avokado mengandungi vitamin B6 dan asid
folik yang membantu mengawal tahap
homocysteine. Jika tahap homocysteine tinggi,
anda berisiko mendapat penyakit yang
berkaitan dengan jantung. Avokado juga
mengandungi vitamin E, glutathione dan lemak
monotaktepu yang bantu mengekalkan jantung
sihat.
Kolestrol rendah
Avokado kaya dengan bahan dipanggil beta-
sitosterol yang telah menunjukkan
keberkesanannya dalam merendahkan tahap
kolestrol.
Mengawal tekanan darah
Kaya dengan sumber potasium, avokado juga
dapat membantu mengawal tahap tekanan
darah dalam badan anda.
Menangani masalah penglihatan
Avokado merupakan sumber terbaik untuk
lutein karotenoid, dimana kebaikannya
diketahui untuk membantu melindungi
daripada masalah katarak dan degenerasi
macular yang berkaitan dengan usia.
Mengawal tahap gula
Lemak monotaktepu yang terkandung dalam
avokado mampu mengembalikan ketahanan
insulin yang membantu mengawal kandungan
gula dalam badan. Ia juga mempunyai serat
terlarut yang menyimpan tahap kandungan
gula stabil.
Mencegah kecacatan kelahiran
Avokado kaya dengan folat iaitu vitamin B
yang dikenali sebagai asid folik. Satu cawan
avokado memberi kira-kira 23% kandungan
harian folat yang disyorkan. Jumlah folat yang
tinggi dalam avokado adalah penting bagi
mencegah kecacatan kelahiran seperti tiub
neural dan spina bifida.
Mengurangkan risiko serangan jantung
Kandungan folat yang tinggi dalam avokado
turut mengurangkan risiko serangan jantung.
Satu kajian pernah dilakukan menunjukkan
individu yang mengamalkan diet kaya dengan
folat mempunyai risiko rendah daripada
terkena serangan jantung.
Perlindungan kanser
Banyak kajian menunjukkan avokado boleh
menghalang daripada pertumbuhan kanser
prostat. Malah asid oleic yang terkandung
dalam avokado turut berkesan dalam
menghalang kanser payudara.
Menangani radikal bebas
Avokado mengandungi glutathione iaitu
antioksidan berkesan dalam menangani radikal
bebas dalam badan kita.
Menangani simptom penuaan
Kaya dengan antioksidan, avokado berupaya
menangani simptom-simptom penuaan.
Kandungan glutathione berupaya meningkatkan
sistem imun, memperlahankan proses penuaan
serta mengalakkan sistem saraf yang baik.
Penjagaan kulit
Minyak avokado sering dimasukkan dalam
kosmetik kerana keupayaannya dalam
menyuburkan kulit dan menjadikan kulit anda
berseri-seri. Ia juga boleh merawat psoriasis
iaitu penyakit kulit yang mengakibatkan kulit
anda menjadi kemerahan dan gatal.
Penambahan berat badan
Ya, jika anda ingin menambah berat badan,
makanlah buah avokado. Ia mengandungi 200
kalori untuk 100 gram. Namun kebiasaannya
buah-buahan lain hanya mengandungi kira-kira
60 hingga 80 kalori untuk 100 gram. Oleh
kerana ia tinggi kandungan kalori, avokado
adalah diet terbaik untuk mereka yang ingin
menambah berat badan.
Khamis, 3 Julai 2014
Khasiat avokado untuk kesihatan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan