Tahukah anda bahawa air tebu
mempunyai pelbagai khasiat yang bagus untuk
tubuh badan? Nilai zat dalam segelas jus tebu
berganantung kepada kepelbagaian tanaman
dan jenis tanahnya.
Dipetik dari Mingguan Wanita, selain skurosa,
air tebu juga mengandungi mineral seperti
potassium, magnesium, asid amino, vitamin B3
dan asid-asid organik.
Pengambilan air tebu dapat membantu
membekalkan sumber tenaga yang baik kerana
tebu mengandungi glukosa yang disimpan
sebagai glikogen.
Meminum air tebu juga dapat melegakan tekak
yang haus.
Dalam pada itu, tebu juga dikatakan memiliki
khasiat tersendiri dalam sistem perubatan
tradisional di Asia Selatan iaitu batang dan akar
tebu digunakan dalam perubatan Ayurveda
untuk merawat jangkitan kulit dan saluran
urinary, bronchitis, masalah jantung,
kehilangan penghasilan susu, batuk, anemia,
sembelit, jaundis dan juga tekanan darah.
Malah tebu juga boleh menyembuhkan luka
serta mampu merangsang sistem imun.
Khamis, 3 Julai 2014
Air tebu beri tenaga
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan