Khamis, 17 Julai 2014

Kebaikan Buah Naga

Tahukah anda bahawa buah naga
bukan sahaja enak dimakan tetapi ia juga kaya
dengan kandungan vitamin yang penting untuk
kesihatan badan.
Dipetik dari Harian Metro, satu kajian telah
mendapati buah naga kaya dengan kandungan
potassium, ferum, protein, serat, sodium dan
kalsium yang lebih baik berbanding buah-
buahan import.
Buah yang berasal daripada keluarga cactacea
dalam spesies pokok katus itu juga baik untuk
penghadaman dan peredaran darah.
Selain itu, ia juga mampu membantu memberi
tindak balas memberangsangkan tekanan emosi
dan meneutralkan toksik dalam darah.
Ia juga mengandungi zat besi untuk menambah
darah, vitamin B1, vitamin B2, vitamin B3
serta vitamin C untuk menambah kelicinan
kehalusan kulit dan mencegah jerawat.
Jadi kepada yang ingin menjaga kesihatan dan
kecantikan, amalkan memakan buah naga
dengan kerap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan