Tahukah anda bahawa buah naga
bukan sahaja enak dimakan tetapi ia juga kaya
dengan kandungan vitamin yang penting untuk
kesihatan badan.
Dipetik dari Harian Metro, satu kajian telah
mendapati buah naga kaya dengan kandungan
potassium, ferum, protein, serat, sodium dan
kalsium yang lebih baik berbanding buah-
buahan import.
Buah yang berasal daripada keluarga cactacea
dalam spesies pokok katus itu juga baik untuk
penghadaman dan peredaran darah.
Selain itu, ia juga mampu membantu memberi
tindak balas memberangsangkan tekanan emosi
dan meneutralkan toksik dalam darah.
Ia juga mengandungi zat besi untuk menambah
darah, vitamin B1, vitamin B2, vitamin B3
serta vitamin C untuk menambah kelicinan
kehalusan kulit dan mencegah jerawat.
Jadi kepada yang ingin menjaga kesihatan dan
kecantikan, amalkan memakan buah naga
dengan kerap.
Khamis, 17 Julai 2014
Kebaikan Buah Naga
Isnin, 14 Julai 2014
Jumaat, 4 Julai 2014
Tips elak bibir kering
Apabila tiba bulan Ramadan, ramai yang
menghadapi masalah yang sama iaitu bibir
cepat kering dan merekah. Ini kerana bibir
cepat kerana kurangnya cecair dalam tubuh.
Jadi bagi anda yang merupakan salah seorang
yang menghadapi masalah ini, kami ingin
berkongsi dengan anda petua yang boleh anda
lakukan untuk memastikan bibir tidak kering
dan merekah yang dipetik dari portal
Mingguan Wanita.
- Sapukan marjerin pada bibir setiap malam
sebelum tidur. Lakukan sekurang-kurangnya
tiga kali seminggu.
- Minum air kelapa madu yang bercampur
kuning telur dan campur sedikit madu lebah.
Lakukan sehari sekali sehingga sembuh.
- Sapukan sedikit madu lebah pada bibir and
ketika hendak tidur tidur. Biarkan semalaman.
Amalkan selalu.
- Sapukan sedikit minyak zaitun sebelum tidur
dan pada waktu bibir anda kering. Selain itu,
anda juga boleh menggunakan ubat gigi sebagai
ganti.
Khamis, 3 Julai 2014
Air tebu beri tenaga
Tahukah anda bahawa air tebu
mempunyai pelbagai khasiat yang bagus untuk
tubuh badan? Nilai zat dalam segelas jus tebu
berganantung kepada kepelbagaian tanaman
dan jenis tanahnya.
Dipetik dari Mingguan Wanita, selain skurosa,
air tebu juga mengandungi mineral seperti
potassium, magnesium, asid amino, vitamin B3
dan asid-asid organik.
Pengambilan air tebu dapat membantu
membekalkan sumber tenaga yang baik kerana
tebu mengandungi glukosa yang disimpan
sebagai glikogen.
Meminum air tebu juga dapat melegakan tekak
yang haus.
Dalam pada itu, tebu juga dikatakan memiliki
khasiat tersendiri dalam sistem perubatan
tradisional di Asia Selatan iaitu batang dan akar
tebu digunakan dalam perubatan Ayurveda
untuk merawat jangkitan kulit dan saluran
urinary, bronchitis, masalah jantung,
kehilangan penghasilan susu, batuk, anemia,
sembelit, jaundis dan juga tekanan darah.
Malah tebu juga boleh menyembuhkan luka
serta mampu merangsang sistem imun.
Khasiat avokado untuk kesihatan
Tahukah anda kebanyakan pakar nutrisi
menganggap buah avokado sebagai makanan
sempurna? Ia mempunyai pelbagai kebaikan
untuk kesihatan dan juga kecantikan. Walaupun
kaya dengan kalori, ia adalah kalori yang padat
dengan nutria. Avokado mengandungi lebih 25
nutrisi termasuk vitamin A, B, C, E & K, iron,
zat besi, magnesium dan potasium yang
berupaya melindungi kita daripada pelbagai
penyakit.
Terdapat pelbagai cara untuk makan buah
avokado antaranya adalah dengan
memasukkannya dalam salad atau sebagai
pengganti daging untuk sandwich.
Sebelum itu apa kata kita lihat antara kebaikan
buah avokado yang baik untuk kesihatan diri.
Jantung kekal sihat
Avokado mengandungi vitamin B6 dan asid
folik yang membantu mengawal tahap
homocysteine. Jika tahap homocysteine tinggi,
anda berisiko mendapat penyakit yang
berkaitan dengan jantung. Avokado juga
mengandungi vitamin E, glutathione dan lemak
monotaktepu yang bantu mengekalkan jantung
sihat.
Kolestrol rendah
Avokado kaya dengan bahan dipanggil beta-
sitosterol yang telah menunjukkan
keberkesanannya dalam merendahkan tahap
kolestrol.
Mengawal tekanan darah
Kaya dengan sumber potasium, avokado juga
dapat membantu mengawal tahap tekanan
darah dalam badan anda.
Menangani masalah penglihatan
Avokado merupakan sumber terbaik untuk
lutein karotenoid, dimana kebaikannya
diketahui untuk membantu melindungi
daripada masalah katarak dan degenerasi
macular yang berkaitan dengan usia.
Mengawal tahap gula
Lemak monotaktepu yang terkandung dalam
avokado mampu mengembalikan ketahanan
insulin yang membantu mengawal kandungan
gula dalam badan. Ia juga mempunyai serat
terlarut yang menyimpan tahap kandungan
gula stabil.
Mencegah kecacatan kelahiran
Avokado kaya dengan folat iaitu vitamin B
yang dikenali sebagai asid folik. Satu cawan
avokado memberi kira-kira 23% kandungan
harian folat yang disyorkan. Jumlah folat yang
tinggi dalam avokado adalah penting bagi
mencegah kecacatan kelahiran seperti tiub
neural dan spina bifida.
Mengurangkan risiko serangan jantung
Kandungan folat yang tinggi dalam avokado
turut mengurangkan risiko serangan jantung.
Satu kajian pernah dilakukan menunjukkan
individu yang mengamalkan diet kaya dengan
folat mempunyai risiko rendah daripada
terkena serangan jantung.
Perlindungan kanser
Banyak kajian menunjukkan avokado boleh
menghalang daripada pertumbuhan kanser
prostat. Malah asid oleic yang terkandung
dalam avokado turut berkesan dalam
menghalang kanser payudara.
Menangani radikal bebas
Avokado mengandungi glutathione iaitu
antioksidan berkesan dalam menangani radikal
bebas dalam badan kita.
Menangani simptom penuaan
Kaya dengan antioksidan, avokado berupaya
menangani simptom-simptom penuaan.
Kandungan glutathione berupaya meningkatkan
sistem imun, memperlahankan proses penuaan
serta mengalakkan sistem saraf yang baik.
Penjagaan kulit
Minyak avokado sering dimasukkan dalam
kosmetik kerana keupayaannya dalam
menyuburkan kulit dan menjadikan kulit anda
berseri-seri. Ia juga boleh merawat psoriasis
iaitu penyakit kulit yang mengakibatkan kulit
anda menjadi kemerahan dan gatal.
Penambahan berat badan
Ya, jika anda ingin menambah berat badan,
makanlah buah avokado. Ia mengandungi 200
kalori untuk 100 gram. Namun kebiasaannya
buah-buahan lain hanya mengandungi kira-kira
60 hingga 80 kalori untuk 100 gram. Oleh
kerana ia tinggi kandungan kalori, avokado
adalah diet terbaik untuk mereka yang ingin
menambah berat badan.
Ubi kentang dapat sembuh penyakit kulit
Lazimnya sayur-sayuran sememangnya
bagus untuk kesihatan kerana mempunyai
pelbagai khasiat-khasiat yang baik untuk tubuh
badan, dan sayuran juga menjadi salah satu
bahan dalam rawatan tradisional untuk
merawat penyakit batu karang.
Ubi kentang juga sebenarnya boleh
menyembuh kulit bermasalah seperti kulit
berjerawat dan bisul.
Dipetik dari portal Mingguan Wanita, untuk
merawat penyakit tersebut adalah dengan
mengadunkan ubi kentang dengan sedikit air
kemudian disapukan ke atas jerawat dan bisul
yang sudah pecah sebelum ditutup atau dibalut
dengan kain bersih.
Selain itu, ubi kentang juga dikatakan mampu
mengubati luka atau kudis yang berpunca
daripada penyakit kencing manis dengan
menggunakan kaedah yang sama seperti
merawat jerawat dan bisul.