Khamis, 30 Oktober 2014

Pilihan gincu gelap untuk musim sejuk


28 Okt – Jenama solekan M.A.C kembali dengan koleksi yang cukup menarik! Kolaborasi terbaru jenama ini dengan Sophia Amoruso iaitu pengasas dan ketua pegawai eksekutif penjual dalam talian, Nasty Gal dan juga penulis buku "#GirlBoss" menampilkan gincu berwarna gelap dan sesuai untuk musim sejuk.

Memetik laporan Allure, koleksi ini akan menampilkan tiga warna iaitu ungu gelap, merah gelap (burgundy serta merah terang, termasuk pewarna kuku.

New Ford Fiesta Savings

www.uk-car-discount.co.uk


"M.A.C dan Nasty Gal adalah dua jenama untuk orang muda dan sesuai antara satu sama lain. Ianya adalah satu kolaborasi yang menarik dan mudah!" ujar Amorusi seperti dipetik daripada laporan media lain.

Harga pasaran untuk gincu adalah AS$16 (RM52), manakala pewarna kuku pula adalah AS$12 (RM40). Koleksi ini bakal berada di pasaran Amerika Syarikat pada 4 Disember. Tiada maklumat mengenai pelancaran koleksi ini di Malaysia buat masa ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan