Sabtu, 9 Ogos 2014

Jenis roti yang bahaya untuk kesihatan

Roti sememangnya sudah menjadi
makanan harian ketika bersarapan ataupun
pada waktu malam bagi anda yang berdiet.
Namun tahukah anda bahawa terdapat
beberapa jenis roti yang boleh menjejaskan
kesihatan anda?
Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan
anda mengenai bahan-bahan yang terdapat
dalam roti dibawah yang perlu anda elakkan
dari membeli yang dipetik dari Wanita.
L-eysteine
Sejenis zat penghalus yang ditambah pada roti
bagi mempercepatkan proses pembuatan.
Walaupun zat ini dihasilkan di makmal, namun
bahan ini diperoleh daripada sumber semula
jadi. Bunyi tidak membimbangkan kerana
bahan semula jadi tetapi semula jadi yang
dimaksudkan ialah rambut manusia, bulu
ayam, tanduk lembu dan macam-macam lagi.
Potassium Bromate
Zat ini digunakan untuk memendekkan roti
selain mempercepatkan adunan menjadi keras.
Kebanyakan syarikat pengilang roti cukup
menggemari bahan ini kerana banyak kos dapat
dijimatkan. Tetapi, apabila dilihat dari aspek
kesihatan, nyata penggunaanya cukup
membahayakan. Hal ini kerana zat ini boleh
menyebabkan penyakit kanser ginjal dan tiroid!
Beberapa negara seperti Brazil, Eropah, Peru,
Korea Selatan dan China, Potassium Bromate
ini sudah diharamkan penggunaannya lantaran
bahan ini mejadi molekul kepada pembentukan
kanser yang sangat menakutkan!
Bijirin yang diproses
Meskipun dicampurkan ke dalam roti tetapi
bijirin ini langsung tidak memberi apa-apa
kebaikan sekalipun, Bijirin ini kemudiannya
dipecahkan menjadi gula pada kadar yang
sangat cepat sehingga menyebabkan paras
darah naik mendadak. Keadaan ini berkait
rapat dengan penyakit tekanan darah tinggi,
penyekatan insulin serta meningkatkan risiko
serangan jantung sebanyak 30 peratus. Sebab
itulah jangan sekali-sekali biarkan diri tertipu
dengan kandungan bahan-bahan yang
digunakan sekalipun dikatakan berasal dari
bijirin yang kaya nutrisi.
Azodicarbonamide
Digunakan untuk melembutkan tekstur roti
malah di Amerika Syarikat sendiri, kebanyakan
roti burgernya dihasilkan menggunakan bahan
tersebut. Di Singapura, penggunaan bahan ini
telah dilarang kerana banyak kajian yang
dijalankan mendapati zat ini membawa bahaya
kepada sistem pernafasan, asma serta masalah
alergi kepada sesetengah manusia.
Fruktosa
Dikenali juga sebagai sirap jagung yang mana
fungsinya adalah untuk mengembang dan
memberi warna keperang-perangan pada roti.
Kebanyakan pengilang gemar menggunakan
gula ini lantaran harganya yang murah dan
menguntungkan. Tetapi, kesan kepada
kesihatan manusia pula adalah seperti masalah
obesiti selain tekanan darah tinggi, sindrom
metabolisme, penyakit hati dan lain-lain lagi.

1 ulasan:

  1. Casino, LLC Profile: Employee Directory | Dr.MD
    Company Description: Casino, LLC is a 제주도 출장마사지 non-profit 501(c)(3) 안산 출장샵 organization. See the 시흥 출장마사지 organization's website, Address: 701 W. 15th St., 광양 출장샵 St. Thomas, MN 서산 출장마사지 68929

    BalasPadam