Selasa, 25 Disember 2012
Kemunculan Dajjal
Munculnya Dajjal Dari Gua Di Sebuah Pulau
Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya ‘Minal Munzharin’ seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula ke atas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah Al Munawwarah. Sama juga halnya dgn Iblis yg di tangguhkan kematiannya sehingga kiamat nanti.
Dajjal; ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung. Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya . Menurut Imam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn ’syaqq’ manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan dengan makhluk² halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecil tidak diketahui dgn jelas. (pernah terbaca sebuah buku..Kelahiran Dajjal -Dajjal di lahirkan dari sepasang suami isteri yang berjimak semasa isterinya dalam keadaan haid)
Sifat² Badannya
Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka (Hadis Sahih Muslim)
Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis² Rasulullah saw, diantaranya: Seorang yg kelihatannya masih muda ; Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan ; Rambutnya kerinting dan tebal . Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yg rimbun.
Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua:
Pertama : Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut,manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat .
Kedua: Tertulis didahinya tulisan ‘Kafir (Kaf-Fa-Ra)’. Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak.
Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tanda yg terakhir ini belum ada pada dirinya.
Tempat Tinggalnya Sekarang
Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dlm kitab ‘Shahih Muslim’, bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yg bernama ‘Al-Jassasah’. Terdapat hadis mengenainya.. (tetapi terlalu panjang utk ditulis.. anda boleh membaca terus dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah swt utk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat ‘transitnya’ itu ialah di sebelah Timur bukan di Barat.
Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya: Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama empat puluh hari sahaja . Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgn setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satu minggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa . Jadi keseluruhan masa Dajjal membuat
fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan 14 hari.
Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan: Kami bertanya: ‘Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari yg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari² yg masih tinggal lagi (iaitu 37 hari) adalah sama seperti hari² kamu yg biasa. Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5 waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itu dgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang..’
Maksud Sabdaan Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam yg berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kita lakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hari itu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyang Zohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jam setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang Asar Begitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya hingga habis hari yg panjang itu sama panjangnya dgn masa satu tahun dan bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahun yg kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.
Fitnah Dajjal
Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk menguji umat ini. Oleh kerana itu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yg luar biasa. Di antara kemampuan Dajjal ialah:
1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya. Benda-benda beku akan mematuhinya.Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dgn kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasa dan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan dilanda kebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Maka daerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitu juga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada org² yg bersekutu dgn Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu bersukutu dgn Dajjal..mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan. Dan ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan org² yg tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran.
Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:
‘Jadi apa yg dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahai Rasulullah?’
Nabi menjawab:
‘Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil,bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan.’ H.R Ibnu Majah
2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:
Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga dan neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan kedua-duanya ini untuk menguji iman org Islam kerana hakikat yg benar adalah sebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya Neraka dan apa yg dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.
3. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya:
Kepantasan yg dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan org² dahulu. Kalau hari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasan jet-jet tempur yg digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagi daripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuh dalam satu jam ‘… Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya diatas muka bumi ini?
Nabi menjawab:
‘Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan ‘Al Ghaist’ (hujan atau awan) yang dipukul oleh angin yang kencang.’ H.R Muslim.
Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islam iaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah .
4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:
Syaitan² juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilah masa yg terbaik utk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s.
Wallahu A'lam.
sumber http://sakan.tripod.com/dajjal.html
Freemason
Freemason ialah pertubuhan persaudaraan yang muncul dengan asal usul yang kabur antara akhir abad ke-16hingga awal abad ke-17. Pertubuhan ini kini wujud dalam berbagai-bagai bentuk di seluruh dunia, dengan keahliannya dianggarkan sebanyak sekitar lima juta (termasuk sekitar 480,000 orang di England, Scotland danIreland sahaja, serta lebih kurang dua juta orang di Amerika Syarikat).[1][2] Pertubuhan Freemason yang wujud dalam pelbagai bentuk berkongsi prinsip dan pandangan moral dan metafizik yang sama, lazimnya mereka berkongsi kepercayaan kepada satu Makhluk Agung (Supreme Being).[3]
Asal-usul
[sunting]Kultus kuno
Terdapat pelbagai legenda dan teori mengenai asal-usul kewujudan Freemason. Ada yang mengaitkannya dengan kultus Iris-Osiris pada zaman Mesir kuno. Ada pula yang mengatakan bahawa ia ditubuhkan pada abad ke-2 SM oleh ahli kitab atau pendeta Yahudi daripada mazhab Essene.
Sesetengah ilmuan Freemason berpendapat bahawa bahawa Freemason menjejak akar umbi mereka kepada pembinaan Haikal Sulaiman (King Solomon’s Temple) di Jerusalem pada 967 S.M. Asas cerita itu tertumpu kepada seseorang yang bernama Hiram Abiff yang mendakwa mengetahui rahsia Haikal Sulaiman. [4] [5]
[sunting]Kesatria Templar
Freemason juga dikaitkan dengan ahli Kesatria Templar (Knight's Templar). Mengikut legenda, pada abad ke-11, Kesatria Templar telah menjumpai harta karun di tinggalan bangunan Haikal Sulaiman (berpandukan sesetengah pendapat; terletaknya di sebuah bilik rahsia di bawah Masjidil Aqsa). Ini menyebabkan kebanyakan mereka menjadi tersangat kaya sehinggalah harta itu dirampas oleh Raja Perancis Philip IV. Kesatria Templar dipenjarakan tetapi ada yang melarikan diri. Pergerakan ini menjadi sulit dan muncul kembali pada abad ke-17 di bawah nama Freemason.
Albert Pike (1872) pula dalam bukunya Morals and Dogma of the Ancient and Accepted Scottish Rite of Massonry, berpendapat bahawa pada kurun ke-11, Kesatria Templar telah berpakat bersama Ketua Gereja di Constantinople. Pada masa itu Ketua Gereja Constantinople (daripada Gereja Ortodoks Timur) bersaing dengan Gereja Katolik Rom. Ahli Kesatria Templar bersumpah setia untuk melindungi umat Kristian yang melawat tempat suci; manakala matlamat rahsia mereka adalah untuk membina semula Haikal Sulaiman. Binaan ini akan menjadi tempat paling suci untuk orang Kristian dan akan dapat menandingi kediaman suci Gereja Katolik di Roma. Ahli Templar berselindung di bawah nama Brethren-Masons. Nama ini Frères Maçons dalam bahasa Perancis dieja menjadi Free-Masons dalam bahasa Inggeris. [6]
[sunting]Persatuan tukang batu
Penjelasan yang lebih berasas mengenai gerakan Freemason ialah ia berkembang daripada persatuan pemahat dan tukang batu (dalam bahasa Inggeris, pemahat atau tukang batu dipanggil mason atau stone mason) pada Zaman Pertengahan di Eropah. Pada masa itu, mereka diambil untuk bekerja oleh raja dan pihak gereja. Terdapat dua jenis tukang batu. Satu ialah tukang batu yang memahat batu-batu biasa yang dinamakan rough mason. Freestone mason pula adalah tukang batu yang memahat batu-batu yang lebih terperinci dan dengan kesenian. Mereka ini adalah golongan bebas (free) dan bukan hamba kepada mana-mana tuan yang kaya. Nama "Freestone mason" kemudian disingkatkan menjadi Freemason. Oleh sebab keistimewaan dan kebolehan mereka, golongan ini menubuhkan kelab atau persatuan sendiri untuk membincangkan pertukangan, kesenian dan kadar upah mereka. Salam tangan rahsia, kata-kata rahsia dan tanda-tanda lain direka untuk membezakan mereka dengan tukang batu yang lain.
[sunting]Sejarah
Terdapat beberapa bukti Freemason mula tersebar di benua Eropah seawal akhir kurun ke-16 Masehi. Salah satu bukti bertulis awal yang menunjukkan cabang Freemason telah ada di England pada tahun 1641 ialah rekod inisiasi Robert Moray, salah seorang keluarga raja. Moray menjadi anggota Freemason di Edinburgh pada 20 Mei 1641.[7] Selain itu, Elias Ashmole, yang juga berdarah keluarga Raja England, menulis dalam buku diarinya bahawa dia telah menjadi anggota Freemason di Lancashire, pada 16 Oktober 1646.[8]
Peristiwa penting dalam perkembangan Freemason adalah pada 24 Jun 1717 dengan terdirinya Loji Besar England (Grand Lodge of England). Dengan terdirinya pusat bagi persatuan itu di England, Freemason kini menjadi organisasi nasional yang tidak lagi bergerak secara rahsia. Loji Besar England merupakan gabungan daripada empat cabang Freemason dan mereka mempercayai falsafah yang sama iaitu "Agama yang mana semua manusia bersetuju... adalah menjadi Manusia yang Baik dan Benar" (Religion is which all men agree… that is, to be Good Men and True).
Dengan terbentuknya Loji Besar England, gerakan Freemason semakin merebak sehingga berkembang melintasi benua Eropah sehingga ke benuaAmerika.
[sunting]Etika Freemason
Freemason mengamalkan tiga etika-etika yang diikuti demi mengaburi pergerakan mereka
[sunting]Persaudaraan
Setiap pengikut-pengikut Freemason diwajibkan untuk bertoleransi, dan berfikiran positif sesama sendiri agar pendirian mereka mudah diterima.
[sunting]Menderma dan beramal kebajikan
Pengikut Freemason melakukan pelbagai perkara kebajikan demi untuk menarik lebih ramai pengikut mereka.
[sunting]Kebenaran
Mereka berpegang teguh terhadap kepercayaan mereka. Mereka percaya bahawa prinsip yang mereka bawa membawa lebih kepada kemajuan dan mendapat kehidupan yang lebih baik. [9]
[sunting]Struktur organisasi
Loji Besar (Grand Lodge) adalah badan bebas dan berdaulat yang mentadbir Freemason di sesebuah negara, negeri atau kawasan. Tiada satu badan teratas yang mengawal Freemason di peringkat global. Perhubungan antara loji-loji yang berlainan bergantung kepada kehendak atau pengiktirafan bersama.
Loji merupakan unit asas Freemason. Setiap loji baru mesti mempunyai waran atau piagam yang diberi oleh Loji Besar yang membenarkannya untuk membuat perjumpaan dan beroperasi. Loji mesti mengadakan perjumpaan pada tempat yang tetap dan tarikh yang telah ditentukan. Ia akan memilih, menerima ahli baru dan mempromosikan ahli dan pegawainya. Ia juga akan membina dan mengurus aset dan hartanahnya termasuk rekod perjumpaan. Seperti organisasi lain, ia mempunyai perjumpaan rasmi, perjumpaan tahunan, dana amal, surat menyurat dan laporan, yuran keahlian, akaun, acara istimewa dan pelbagai lagi. Setiap loji mempunyai tradisi unik tersendiri.
[sunting]Prinsip dan aktiviti utama
Freemason seringkali dipanggil sebagai "persatuan rahsia". Bagaimanapun bagi ahli Freemason, persatuan mereka lebih tepat sebagai persatuan yang hanya boleh difahami oleh orang tertentu kerana sesetengah aspeknya adalah sulit. Pada kurun ke-21, persatuan ini menjadi tidak lagi rahsia (lebih terbuka) dan lebih kepada "persatuan yang mempunyai rahsia". Aspek sulit dalam persatuan moden ini adalah pengiktirafan sesama ahli dan sesetengah elemen ritual. Walaupun ia sebuah organisasi yang pelbagai, kerja amal masyarakat dan memelihara persaudaraan sesama ahli masih menjadi perkara pokok.
[sunting]Gerakan Freemason
[sunting]Freemason di Amerika Syarikat
George Washington, yang menjadi Presiden pertama Amerika Syarikat pada 30 April 1789 adalah seorang anggota Freemason. Selain itu, para penandatangan Perisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat yang ditandatangani pada 4 Julai 1778 oleh William Hoper, Benjamin Franklin, Matthew Thornton, William Whipple, John Hancock, Phillip Livinston dan Thomas Nelson, juga dipercayai pengikut Freemason.[10]
Selain Washington, 13 lagi presiden, lapan naib presiden dan 35 Hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat pernah dikenalpasti sebagai ahli Freemason. Washington adalah ahli Freemason yang berpusat di New York City. Ahli Freemason yang dikenal pasti di Amerika Syarikat dianggarkan berjumlah tiga juta dan di New York sahaja terdapat lebih kurang 136,000 ahli.[11]
[sunting]Freemason di Iraq
Sebilangan cawangan Freemason di Iraq telah wujud seawal tahun 1903, dan bertambah bilangannya apabila negara itu diperintah di bawah Mandat British sejurus selepas Perang Dunia I. Bagaimanapun, keadaan itu berubah pada bulan Julai 1958 selepas Revolusi, dengan pembubaran pemerintahan beraja dan pengisytiharan Iraq sebagai sebuah republik di bawah Jeneral Qasim. Lesen yang membenarkan cawangan Freemason ditarik balik dan undang-undang diperkenalkan untuk mengharamkan sebarang perjumpaan Freemason. Pendirian itu kemudian diperkukuh oleh Saddam Hussein, yang menetapkan hukuman mati bagi mereka yang "mempromosikan atau menyanjung prinsip-prinsip Zionisme, termasuk Freemason, dan mereka yang melibatkan diri dalam pertubuhan Zionisme". Dengan kejatuhan pemerintahan Saddam Hussein selepas serangan Amerika Syarikat ke atas Iraq, pengharaman ke atas Freemason dimansuhkan dan pada tahun 2007, Land Air and Sea Lodge, No. 1 dianugerahi dengan piagam oleh Loji Besar New York (Grand Lodge of New York).
[sunting]Freemason di Malaysia
Rencana ini memerlukan rujukan tambahan untuk pengesahan. Perbincangan yang berkenaan mungkin boleh didapati di dalam laman perbincangan. Sila bantu memperbaiki rencana ini dengan menambahkan rujukan kesumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dan dipadam. |
Di Malaysia, cawangan Freemason beroperasi sebagai Loji Besar Daerah Timur Tengah (District Grand Lodges of Middle East atau DGLME).[12]DGLME secara rasmi bermula di Kuala Lumpur pada 20 Oktober 1916. Ia dipanggil Timur Tengah kerana pada awal kurun ke-19, setiap yang berada antara timur India tidak termasuk timur jauh (Hong Kong, China dan Jepun) dikenali sebagai Timur Tengah. Hanya pada kurun ke-20, istilah Timur Tengahmerujuk kepada negara Arab dan Teluk. Cawangan ini bagaimanapun tidak mahu mengubah namanya kerana sudah biasa dengan nama tersebut dan tradisinya.
DGLME ini meliputi bandar yang luas termasuk bandar lain di rantau ini:
- Singapura: 3 loji
- Kuala Lumpur: 3 loji
- Pulau Pinang: 1 loji
- lpoh: 1 loji
- Kuantan: 1 loji
- Kuching: 2 loji
- Port Dickson: 1 loji
- Port Klang: 1 loji
- Kelantan: 1 loji
- Taiping : 1 loji
- Kota Kinabalu: 1 loji
- Bangkok: 3 loji
- Pattaya: 1 loji
- Melaka: 1 logi
[sunting]Tentangan dan kritikan terhadap Freemason
[sunting]Islam dan Freemason
Sesetengah ulama Islam menegaskan adalah tujuan utama Freemason ialah mengambil kembali tanah Palestin dan membina kembali Haikal Sulaiman[13] [14] [15] [16]di bawah runtuhan Masjid Al-Aqsa[17], kemudian akan melebarkan pemerintahannya ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir[18] dan terus menuju ke Al Madinah di Arab Saudi. Pergerakan ini didakwa dibentuk bagi mengembangkan fahaman Yahudi dengan cara bergiat cergas di dalam bidang pendidikan,politik, budaya dan sosial.
Gerakan ini berkembang di seluruh dunia termasuk di negara-negara Islam seperti Turki era Mustafa Kamal Ataturk. Freemason juga berkembang luas diMesir, Maghribi, Lubnan, Malaysia dan lain-lain. Gerakan ini dikaburkan melalui kegiatan amal seperti membantu keluarga yang miskin dan menganjurkan pertunjukan amal untuk disedekahkan kepada mereka yang memerlukan.
Gerakan ini jelas nyata memperjuangkan kewujudan negara Israel dan Yahudi di bumi Palestin antara tahun 1940an dan 1970-an.[19] Lantaran orang Islam bersikap anti-Freemason, anti-Semitisme dan anti-Zionisme. Ada yang mengaitkan Freemason dengan Dajjal yang akan hadir pada akhir zaman. Ini berdasarkan simbol Free Masonic yang dikenali "Satu Mata Melihat Semua" (All Seeing One Eye) dikatakan menyerupai Dajjal bermata satu. [20][21]
[sunting]Kristian dan Freemason
Beberapa mazhab Kristian mempunyai sikap negatif terhadap Freemason termasuk mengharamkan atau tidak menggalakkan penganutnya daripada menjadi ahli Freemason.
Kristian Katolik mempunyai sejarah panjang dalam penolakannya. Penolakan Gereja Katolik berdasarkan dakwaan bahawa Freemason mengajar bahawa semua agama adalah sama yang bertentangan dengan doktrin Gereja Katolik. Terdapat banyak arahan paus yang melarang terlibat dengan Freemason. Pertama adalah daripada Paus Clemant XII pada 28 April 1738 dan yang terbaru daripada Paus Leo XIII pada 15 Oktober 1890. Kanun Hukum Gereja tahun 1917 juga mengharamkan buka yang mesra dengan Freemason.
Pada tahun 1983, Gereja mengeluarkan Kanun Hukum Gereja yang baru tetapi berlainan daripada sebelumnya, ia tidak secara jelas menyebut persatuan rahsia mana yang dikutuk. Ini menyebabkan ramai daripada kalangan penganut Katolik mahu pun daripada Freemason yang percaya larangan ke atas Freemason sudah ditarik balik. Bagaimana pun perkara ini dijelaskan oleh Kardinal Joseph Ratzinger (yang kini Paus Benedict XVI) bahawa pihak Gereja Katolik masih menganggap doktrin Katolik dan Freemason tidak selari dan keanggotaan penganut Katolik dalam Freemason masih dilarang.
Bagi Gereja Protestan pula, penentangan lebih kepada dakwaan Freemason mengamalkan mistik, percaya kepada benda ghaib dan pengikut syaitan (satanisme). Seorang ahli Freemason yang kontroversi, Albert Pike, sentiasa dijadikan contoh rujukan oleh Gereja Protestan. Pike adalah tokoh kontroversi yang terkenal sebagai penganut ajaran syaitan dan juga ahli Freemason. Menurut Pike, tiga perang dunia harus terjadi dengan perang dunia ketiga sebagai yang terakhir untuk memberi jalan kepada mekarnya agama dunia yang baru yang menjadikan Lucifer sebagai tuhan.[22]
SUMBER http://ms.wikipedia.org/wiki/Freemason
Isnin, 24 Disember 2012
Khasiat ubi kentang
KALAU kanak-kanak mungkin mereka boleh makan kentang goreng tetapi saya mesti makan nasi setiap hari," kata seorang rakan apabila mendengar saranan menggantikan hidangan nasi kepada ubi kentang.
Sebenarnya, hidangan ubi kentang bukan hanya kentang goreng seperti yang terdapat di restoran-restoran segera yang menjadi sumber lemak, meningkatkan kolesterol, melonjakkan risiko darah tinggi dan penyebab obesiti.
Hakikatnya, bukanlah ubi kentang yang menentukan sama ada baik atau buruk untuk kesihatan. Yang penting bagaimana bahan ini disediakan untuk dimakan.
Umum mengetahui ubi kentang sumber nutrisi karbohidrat popular di seluruh dunia.
Bagi menikmati khasiat sebenar ubi kentang, anda boleh menghasilkan hidangan seperti kek coklat kentang atau sup berkrim kentang.
Tahukah anda selain membekalkan sumber karbohidrat, kentang mempunyai khasiat lain untuk kesihatan?
Kajian menunjukkan dengan mengambil kira-kira 150 gram kentang, kita dapat memenuhi keperluan vitamin C untuk satu hari. Kandungan kalium dalam kentang pula boleh melegakan hipertensi.
Pakar Kesihatan dan Kesejahteraan, Carina Lipold memberitahu, ubi kentang mengandungi banyak manfaat kesihatan sekiranya dijadikan sebahagian amalan diet.
Katanya, ubi kentang kaya dengan serat, vitamin, mineral, fitokimia, rendah kalori dan pada masa sama mempunyai indeks kekenyangan tinggi.
"Sebiji kentang bersaiz sederhana (kira-kira 150 gram) yang dikukus dan dimakan dengan kulitnya, memberi sehingga 48 peratus daripada pengambilan harian Vitamin C yang disyorkan untuk seseorang, lebih kalium atau potasium daripada pisang serta mineral penting lain.
"Secara kesimpulan, saya boleh katakan kentang adalah ubi yang banyak kebaikan dan sesuai untuk sebarang amalan diet," katanya pada majlis pengenalan menu dengan ramuan ubi kentang oleh Lembaga Kentang Amerika Syarikat di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Menurut Carina, gluten merupakan bahan protein yang terdapat pada bijirin seperti gandum, barli dan rai.
Para pesakit yang menghidap penyakit gangguan gastrousus akan mendapat manfaat besar daripada kentang kerana makanan ini dinyah hidrat amat sesuai sebagai pengganti tepung yang mengandungi gluten.
Jadi tidak hairanlah, makanan ini sesuai untuk semua peringkat umur dan budaya, kentang malah menjadi makanan bayi yang baru bercerai susu.
Dalam piramid makanan, dua biji kentang bersaiz kecil sama dengan satu mangkuk nasi, dua keping roti dan satu setengah mangkuk mi.
Ubi kentang juga mengandungi potasium tinggi yang mampu mengurangkan risiko hipertensi, strok, melindungi jantung dan menolong transmisi pusat saraf serta melawan dinyah hidrat.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20121209/kn_02/Khasiat-ubi-kentang#ixzz2Fz6DB21P
© Utusan Melayu (M) Bhd
Rawatan mata rabun
TIDAK pernah terlintas di fikiran Zaza Omar masalah ketika memandu seperti sering terlanggar bonggol jalan raya menjadi penanda dia mengalami masalah rabun.
Akhirnya, Zaza membuat keputusan pemeriksaan mata dan disahkan rabun jauh.
Zaza disarankan memakai cermin mata.
Dia yang kemudian berjinak-jinak dengan dunia model mengambil keputusan memilih kanta lekap kerana cermin mata membataskan pergerakannya.
"Sudah hampir sepuluh tahun saya memakai kanta lekap. Saya memilih kaedah ini untuk dua perkara iaitu gaya dan rawatan mata rabun.
Saya berasa selesa walaupun kadang-kala sukar dari segi penjagaan. Masalahnya, kanta ini tidak boleh dipakai lebih daripada lapan jam. Kadang-kadang saya terbabas juga. Mata saya akan menjadi merah dan saya akan segera ke klinik atau farmasi untuk mendapatkan ubat titis khusus untuk mengurangkan kesan sakit ini.
Ditanya tentang kegunaan kanta lekap sebagai aksesori fesyen, Zaza mengakui kanta lekap berwarna menyerikan lagi solekan wajah.
Pun begitu, Zaza yang pernah tertipu tentang kualiti kanta lekap yang dibelinya di facebook lebih percaya pada kualiti kanta yang berada di kedai optikal atau pusat pakar mata.
Zaza sebenarnya antara pengguna kanta lekap dan cermin mata yang tidak memilih kaedah ubat-ubatan, laser atau pembedahan untuk mengatasi masalah rabun.
Baginya, faktor kos dan perasaan takut menjadi penghalang utama.
Pakar Runding Oftalmologi, Pusat Pakar mata Optimax, Dr. Nor Zainura Zainal memberitahu, ramai pesakit yang mempunyai masalah seperti Zaza yang takut dan ada pula yang tidak tahu langsung rawatan mata yang menggantikan pemakaian cermin mata.
Jelas beliau, orang ramai perlu tahu, terdapat banyak rawatan rabun sama ada jauh atau dekat sebagai pengganti cermin mata.
Selain kanta lekap, pesakit kini boleh memilih rawatan laser mata menggunakan kaedah pembedahan Lasik atau kaedah Implan Collamer Lans (ICL).
"Pemeriksaan mata secara menyeluruh dilakukan dengan menganalisis kesemua kemungkinan kesan penggunaan kanta lekap pada mata.
Kemudiannya sesi penerangan dibuat dengan bakal pengguna kanta lekap agar pengguna tidak terdedah kepada sebarang komplikasi buruk.
Cara ini semakin hilang kini dengan kesedaran pengguna tentang kaedah pemakaian dan penjagaan kanta lekap semakin berkurangan. Bahkan kanta kini menjadi pilihan untuk mereka yang ingin kelihatan cantik," ujarnya.
Bagi Dr. Nor Zainura, pemakaian kanta lekap tiada masalah sekiranya pesakit tahu prosedur terutamanya dari segi penjagaan kanta lekap itu sendiri.
Masalahnya, masih ramai yang menganggap bahawa kanta lekap berfungsi dengan cara yang sama dengan cermin mata.
Kerana itu, pengguna tidak berfikir untuk mendapatkan khidmat nasihat yang betul sebelum membuat keputusan untuk memakai kanta lekap .
Keadaan ini bertambah teruk kerana orang ramai mahu mendapatkan kanta lekap dengan harga yang murah tanpa memikirkan kualitinya.
Dr. Nor Zainura menasihatkan orang ramai yang ingin memakai kanta lekap sama ada untuk gaya atau rawatan, mereka perlu mendapatkan kanta lekap yang berkualiti yang hanya dijual di pusat pakar optometris, kedai optikal atau farmasi.
"Sekiranya anda ingin atau bakal menggunakan kanta lekap , lakukan pemeriksaan mata terlebih dahulu dan dapatkan nasihat daripada pakar mata yang berkelayakan sebelum anda menggunakannya," ujarnya.
Katanya lagi, orang ramai perlu tahu masih terdapat rawatan mata lain bagi menggantikan cermin mata dan kanta lekap yang lebih selamat dan berkesan.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20121223/kn_02/Rawatan-mata-rabun#ixzz2Fz4qJ6WO
© Utusan Melayu (M) Bhd
Ahad, 23 Disember 2012
Enam punca perut buncit
Perut buncit memang tidak menyelesakan. Ia bukan sahaja membuatkan kita berasa cepat letih apabila melakukan pergerakan walaupun sekadar berjalan, perut yang buncit juga menjejaskan penampilan seseorang lantaran bentuk tubuh kelihatan tidak seimbang. Apakah sebab perut menjadi buncit?
Pakar kesihatan Dr. Selfie C. Rijal menjelaskan ada banyak faktor yang boleh menyebabkan perut menjadi buncit. Pertama, faktor keturunan.
“Faktor keturunan yang diwarisi daripada orang tua secara umumnya sukar dielakkan,” ujar Selfie.
Kedua ialah faktor penuaan. Dengan bertambahnya usia, penghasilan hormon dehidroepiandrosteron (DHEA) mulai berkurangan. Hasil kajian oleh Harvard Women's Health Watch mendapati wujudnya kaitan antara penurunan hormon ini dengan peningkatan pengumpulan lemak di perut.
Faktor ketiga ialah makanan dan minuman tertentu. Doktor lulusan Universiti Padjajaran itu menjelaskan gula dan alkohol terutamanya yang terkandung dalam bir, adalah musuh utama kerana ia boleh membuatkan otot menjadi kendur.
Daripada segi pemakanan, katanya alkohol amat berbahaya bagi tubuh. Ini kerana alkohol mengandungi kalori yang tinggi, sama seperti kalori dalam makanan berlemak. Selain itu, meminum alkohol akan memaksa hati bekerja lebih keras untuk menyingkirkan alkohol dan pada masa sama proses menyaring gula akan tertangguh.
“Gula itu kemudiannya terpaksa disimpan dalam tubuh sebagai lemak. Pada masa sama, alkohol juga dapat meningkatkan nafsu makan,” ujar doktrr yang bertugas di Hospital Sari Asih, Tangerang, Banten itu.
Menurut Selfie, makanan segera juga boleh mengakibatkan perut menjadi buncit berikutan jumlah kalori dan lemaknya yang sangat tinggi. Tidak ketinggalan, susu. Jika yang diminum itu ialah susu berkalori tinggi, maka ia boleh menyumbang kepada kebuncitan perut. “Justeru sebaik- sebaiknya minumlah susu rendah kalori,” tegas beliau.
Penyebab keempat bagi perut buncit ialah tembakau. Ia boleh menjejaskanaktiviti penghadaman. Selfie berkata biasanya ketika merokok selepas makan, perut akan berasa kembung kerana penghadaman terganggu.
Penyebab kelima, stres. Menurut Selfie, keadaan psikologi seseorang mampu mengganggu aktiviti semula jadi tubuh termasuklah sistem penghadamannya. Stres juga boleh mencetuskan rasa kenyang dan menimbulkan masalah pada keupayaan tubuh menyimpan lemak. Akibatnya, perut kelihatan lebih mengembang. “Untuk mengatasinya, belajarlah untuk lebih relaks serta bernafas secara perlahan dan mendalam,” jelas beliau.
Dalam pada itu Selfie mengingatkan bahawa golongan wanita yang biasanya lebih mudah dilanda stress, cenderung memiliki lemak berlebihan di perut, meski pun berat badannya normal. Keadaan ini mungkin diakibatkan oleh kesan hormon stres kortisol yang membuatkan lemak terkumpul di sekitar perut.
Penyebab keenam mempunyai kaitan dengan perubahan hormon, terutamanya ketika menopaus. Keadaan ini menyebabkan pengeluaran hormon seks estrogen berkurangan sekali gus membawa kepada pengumpulan lemak pada perut.
Tumpukan lemak yang tidak sekata boleh membuatkan orang yang bertubuh kecil, buncit perutnya. Sememangnya ia kelihatan amat tidak selesa. Jelas Selfie, keadaan ini berpunca daripada pengambilan karbohidrat secara berlebihan seperti nasi dan makanan berasaskan tepung seperti mi, bihun dan ladu, dalam kuantiti yang banyak. Akibatya, karbohidrat yang berlebihan akan disimpan dalam bentuk lemak terutamanya di perut, atau lebih tepatnya di rongga-rongga di antara organ dalam perut.
“Penumpukan lemak di perut juga menjadi petunjuk bahawa kurangnya aktiviti fizikal dan penurunan kadar metabolisme tubuh,” jelas Selfie. Jelas beliau, “Faktor utama yang membawa kepada kebuncitan perut adalah gaya hidup dan iklan yang berleluasa di pelbagai media.”
Benarkah perut akan buncit apabila seseorang terus tidur selepas makan? “Ya, benar. Perut akan menjadi buncit kerana proses penghadaman tidak dapat berfungsi dengan baik,” ujarnya.
Langgan:
Catatan (Atom)