Sama ada cepat ataupun lambat, pertumbuhan bulu adalah bergantung pada hormon badan. Antara faktor lain yang turut memainkan peranan kepada pertumbuhan bulu, khasnya misai dan janggut, adalah pemakanan yang diambil.
Tidak kira sama ada lebat ataupun nipis, pertumbuhan misai dan janggut mampu memberi impak penampilan usia kepada golongan remaja.
Oleh itu, kepada si jejaka yang mahu tampak kekal remaja, ikutilah beberapa tips berguna untuk mendapatkan cukuran hebat.
Pilih pencukur yang sesuai
Pilih pisau pencukur yang bersesuaian dengan anda. Untuk memudahkan lagi cukuran, krim pencukur yang baik membuatkan cukuran menjadi lebih licin dan tidak merosakkan kulit wajah. Elakkan dari menggunakan pisau pencukur yang berkarat kerana ia bukan sahaja akan merosakkan kulit wajah, malah akan mengakibatkan penyakit kancing gigi.
Cuci muka dengan skrub
Cuci muka dengan skrub
Untuk memberikan kesan kulit wajah yang lebih licin selepas bercukur, cucilah wajah anda dengan pencuci wajah, diikuti dengan skrub agar kulit mati dapat ditanggalkan. Ia juga dapat membuatkan wajah akan kelihatan lebih bersih dan sempurna.
Urut wajah selepas bercukur
Urut wajah selepas bercukur
Selepas bercukur, lakukan sedikit urutan pada wajah kerana ia bagus untuk membentuk wajah yang lebih segar dan sihat.
Guna pelembap wajah
Guna pelembap wajah
Mungkin anda tidak tahu bahawa dengan pelembap berfungsi melambatkan pertumbuhan misai ataupun janggut, lantas memudahkan anda untuk tidak sering bercukur. Malah, pelembap juga baik untuk hujung bulu roma agar tumbuh lebih cantik dan tidak tajam.
Wapkan muka
Wapkan muka
Wapkan wajah anda dengan menggunakan wap air panas kerana ia membantu membuka pori-pori dengan luas, membuatkan kerja cukuran menjadi lebih mudah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan