Zaidi Zakaria > Merbuk Kampung
SEKADAR PERINGATAN
Kepada Semua Ahli2 Merbuk Kampung
Sekarang ni musim kemarau dan angin kuat.
Jadi berhati2lah ketika naikkan kantau kepokok,
pastikan kantau di sangkut dengan baik.
Jangan amalkan sangkut dan pacak, apabila angin kuat
menyebabkan tumang yang di pacak akan terangkat
dan cakuk kantau akan terpisah dari dahan. Apabila
perkara ini berlaku maka kantau bersama jebak dan
denak akan jatuh.
Tip2
1. Kalau nak sangkut biarkan kantau tergantung lebih
kurang satu kaki dari tanah.
2. Sangkut ke dahan yang kuat dan tidak reput.
3. Sentiasa berada dalam keadaan berjaga2 dan
memerhati kantau anda semasa angin kuat.
4. Kalau pacak kantau cuba elakkan bubuh daun
dengan banyak. Ini boleh menyebabkan peratus
tekanan angin kepada jebak tinggi.
5. Kalau nak sangkut dan pacak jugak. Cuba imbangkan
kantau kesebelah dahan lain. Jadi bila terlucut kantau
akan tersangkut kedahan sebelah.
Psst: Kadang2 saya pun kantoi jugak. Kikikikiki
pada 10hb Mac 2014 jam 8.52 ptg · Disunting ·
Merbuk Kampung
Jumaat, 11 Mac 2016
Reminder
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan