Rabu, 16 Mac 2016

Membuat pelita minyak terpakai

Mohd Khairul Amin > Kelab Joran Facebook
Nak share ilmu:
Bagi yg dah tahu sila abaikan..klau yg rajin mancing malam nak jimat modal..malas nak beli lilin, malas nak cari kayu buat unggun api, malas nak bawak lampu bateri..bleyh buat unggun sendiri..bahannnya:
1) tin susu cair kosong
2) minyak hitam yg dah digunakan
3) minyak petrol sedikit..
Caranya..campurkan minyak hitam dan minyak petrol dalam tin..sukatannya 3/5 minyak hitam, 1/5 minyak petrol..baki 1/5 lagi ruang dalam tin..jgn isi penuh..kacau sedikit..nyalakan api pada kayu yg dah dicelup petrol sedikit dan halakan dalam tin..insya'alla
h api hidup..tahan lama..~
Tips: nak lebih besar & terang pakai tin yg lebih besar..
Peringatan: jangan pegang tin masa api hidup..panas..boleh melecur tangan..nak selamat modified letakkan dawai tangkai pada tin klau nak pindah2 tempat..
Tqvm
— berasa shareilmu.

Jumaat, 11 Mac 2016

Cara mengetahui jantina anak ayam

CARA UNIK MENGETAHUI JENIS KELAMIN ANAK AYAM
UMUR 1-30 HARI
Metode pertama, anak ayam digantung terbalik di jari.
AYAM JANTAN jika hanya menggantung diam, dan AYAM
BETINA jika mencoba mengepak dan mencoba memutar
ke kanan.
*.Metode kedua yaitu memungut tengkuk leher anak
ayam. Ayam jantan jika membiarkan kakinya
menggantung, dan ayam betina jika kakinya ditarik naik
ke atas dada.
*.Metode terakhir adalah menempatkan anak ayam
telentang di telapak tangan. Ayam betina jika berhenti
menendang setelah beberapa saat, dan ayam jantan jika
terus-terusan menendang.

Penuduh derak tandang

Zaidi Zakaria > Merbuk Kampung
Salah satu cara penuduh untuk menunjukkan Merbuk
ada tandang.
Oleh kerana banyak yang bertanya berkenaan tajuk
tandang nie.
Tanda relang adalah seperti lakaran no 6. Dan
kedudukannya adalah pada A. Jikalau relang bersilang
tu penuh dari A hinggalan ke C. Makanya lebat lagi
tandangnya.
Bukan mudah nak tengok tanda nie, Belajar slow2.
Cuba buat perbandingan burung yang ada tandang dan
tak ada tandang. Lama-lama akan paham sendiri.
Lain orang lain penuduhnya. Ada lagi tempat2 lain yang
orang tengok.
Note: Sekadar petua orang yang terdahulu yang
mengkaji sifat2 burung. Kredit to Abg SH

Reminder

Zaidi Zakaria > Merbuk Kampung
SEKADAR PERINGATAN
Kepada Semua Ahli2 Merbuk Kampung
Sekarang ni musim kemarau dan angin kuat.
Jadi berhati2lah ketika naikkan kantau kepokok,
pastikan kantau di sangkut dengan baik.
Jangan amalkan sangkut dan pacak, apabila angin kuat
menyebabkan tumang yang di pacak akan terangkat
dan cakuk kantau akan terpisah dari dahan. Apabila
perkara ini berlaku maka kantau bersama jebak dan
denak akan jatuh.
Tip2
1. Kalau nak sangkut biarkan kantau tergantung lebih
kurang satu kaki dari tanah.
2. Sangkut ke dahan yang kuat dan tidak reput.
3. Sentiasa berada dalam keadaan berjaga2 dan
memerhati kantau anda semasa angin kuat.
4. Kalau pacak kantau cuba elakkan bubuh daun
dengan banyak. Ini boleh menyebabkan peratus
tekanan angin kepada jebak tinggi.
5. Kalau nak sangkut dan pacak jugak. Cuba imbangkan
kantau kesebelah dahan lain. Jadi bila terlucut kantau
akan tersangkut kedahan sebelah.
Psst: Kadang2 saya pun kantoi jugak. Kikikikiki
pada 10hb Mac 2014 jam 8.52 ptg · Disunting ·
Merbuk Kampung

Tips memikat merbok

Zaidi Zakaria > Merbuk Kampung
Sesi pencerahan kepada ahli2 Merbuk Kampung. (Dari
post saya terdahulu dalam group lain)
Tips untuk menjerat BH Merbuk/Terkukur yang Celir/
Target dengan menggunakan jebak.
1. Tutup keseluruhan rumah jebak (Jangan denak
takleh bernafas sudah) dan tiang jebak dan jangan lupa
pelantar juga perlu dihias.
2. Tutup dengan daun pada hujung pelantar jebak.
3. Tutup daun pada pangkal anggar (Pada kawasan
tali)
4. Selitkan daun2 pada rapun jebak.
5. Selitkan daun pada anggaq.
6. Warna kantau juga memainkan peranan. (Pastikan
warna kantau tidak terlalu menyerlah).
7. Gunakan daun pokok yang kita hendak pasang
kantau.
8. Cuba pasangkan jebak di atas pokok tanpa
menggunakan kantau. (Teknik meminimumkan ranting
yang di cantas. Tetak sebelah bawah dan paut kebawah
supaya BH tak boleh memijaknya.)
SELAMAT MENCUBA
Psst: Dah 9:18pm nak kena turun bengkel dah nie.
27hb Februari 2014 · Merbuk Kampung · di Foto
daripada kiriman Zaidi Zakaria di Merbuk Kampung

Ciri2 pada merbok

Luthfi Tan edited a dokumen in the group: Merbuk
Kampung .
1. BANYAK DERAKNYA
Mengikut kata Otai terdahulu, seekor burung yang
hendak dipilih sebagai pemikat perlulah diperhatikan
dibahagian ini..Merujuk kpd bulu hitam yang
berbelang-belang di bahagian bawah ekor burung itu.
Bulu pula yang lebih tebal dan banyak menunjukkan
burung itu lebih banyak deraknya semasa berhadapan
dengan lawan. Ciri-ciri ini telah diuji dan ternyata apa
yang dikhabarkan oleh Otai tersebut menepati ciri-ciri
yang diingini oleh si pemikat. Bolehlah dicuba untuk
mengetahui kebenarannya. Kenyataan ini tidak
semestinya tepat... tetapi sebaiknya cuba uji untuk
memudahkan kita sebagai penggemar dalam
memburu merbuk yang hebat.
2. SISIK
Antara perkara yang diberi perhatian oleh orang tua-
tua berkaitan merbuk ialah sisiknya. Ada yang
percaya dan yakin bahawa burung ini boleh
membawa tuah atau sebaliknya kepada tuan yang
memeliharanya. Ini menyebabkan generasi baru yang
mula berminat dengan burung yang bersuara merdu
ini kekadang bimbang dengan kepercayaan
seumpama ini.Terdapat beberapa cara untuk mengira
bilangan sisiknya. Di sesetengah tempat, sisik yang
pecah dicantumkan menjadi satu manakala di
sesetengah tempat pula sisik yang pecah diambil kira
sebagai satu. Tidaklah dapat dipastikan kaedah mana
yang tepat.Bagi bilangan sisik hadapan, bilangan bagi
sisik di jari tengan hinggalah ke pangkal lutut sahaja
dikira. Bilangan sisik di bahagian kiri dan kanan akan
ditambah untuk menentukan bilangannya.Bilangan
sisik yang biasa digemari oleh pemikat merbuk ialah
32, 33, 34, 35, 37, 39 dan 40.
Menurut orang tua-tua burung merbuk yang
mempunyai sisik 37 adalah burung yang paling baik
untuk dijadikan pemikat. Sejauh mana kebenaranya
tidaklah dapat dipastikan.
Namun untuk perbincangan sukalah dinyatakan
bahawa burung merbuk yang mempunyai sisik 33
adalah burung yang sukar diperolehi. Malahan jika
ada pun harganya mungkin mencecah ribuan ringgit.
Namun kebanyakan pemikat burung akan menyimpan
burung yang diperolehi ini. Ini adalah kerana ia
dianggap sebagai RAJA BURUNG MERBUK dan
dianggap burung yang mempunyai tuah yang baik
kepada pemeliharanya. Ada juga petua yang
diperturunkan tentang aktiviti memikat burung yang
bersisik 33 ini. Jika pemikat mendapati bahawa
burung yang berjaya dipikat ini mempunyai sisik 33
maka beberapa perkara yang berkaitan amalan dan
pantang larang yang perlu dipatuhi untuk memastikan
aura burung ini tidak hilang semasa dalam peliharaan.
Manakala burung yang mempunyai sisik 32, 34, 35,
37, 39 dan 40 adalah burung yang dikatakan boleh
menjadi pemikat yang baik jika kena tempat
duduknya.Burung merbuk yang mempunyai bilangan
sisik 36,38 adalah burung yang dianggap tidak
membawa tuah. Kebiasaanya penggemar ketitir akan
melepaskan semula burung yang mempunyai bilangan
sisik seperti ini. Ada juga pemikat yang
memeliharanya kerana burung ketitir yang bersisik 36
dan 38 ini adalah burung yang mempunyai suara yang
kasar / besar dan merdu namun ada beberapa syarat
biasa dipenuhi oleh mereka.
Manakala burung merbuk yang mempunyai bilangan
sisik 41, 42, 43 adalah burung yang lebih sesuai untuk
dipelihara di rumah sahaja kerana suaranya yang
kebiasaannya merdu. Namun untuk dijadikan pemikat
dianggap kurang sesuai kerana sukar untuk
mendapat lawan.Manakala sisik jari belakang pula,
pemikat merbuk biasanya akan memilih burung yang
mempunyai bilangan sisiknya yang seimbang antara
jari belakang sebelah kiri dan kanan. Pemikat
biasanya akan cuba mendapatkan burung yang
mempunyai bilangan sisiknya 7 sebelah kiri dan 7
sebelah kanan. Namun agak sukar untuk mendapat
seekor merbuk yang mempunyai bilangan sisiknya 7 di
jari belakang kiri dan kanan. Selain dari burung
merbuk yang bersisik 33, sisik 44 juga adalah antara
burung diburu oleh penggemar merbuk.
Burung merbuk yang mempunyai sisik 44 ini dianggap
sebagai burung yang mempunyai aura yang kuat. Ia
dianggap mempunyai aura penyeri rumah, pelaris dan
keceriaan. Sebab itulah sarang burung ini biasanya
digantung atau dipelihara di dalam rumah.
3. PARUH
Umumnya pemikat merbuk, terkukur, ruak-ruak, puyuh
dan lain-lain lagi akan mengambil kira paruh seseekor
burung yang bakal dijadikan pemikat. Pemikat merbuk
akan memilih burung yang mempunyai paruh yang
kecil, pendek dan lurus. Ciri-ciri ini dipilih kerana
percaya bahawa paruh yang pendek, kecil dan lurus
ini adalah tanda kepada seekor pemikat yang baik
dan rajin berkerja. Faktor pemilihan paruh ini sangat
kuat dalam kalangan peminat ruak-ruak. Harga
mencecah ribuan ringgit hanya kerana jika pemikat
itu mempunyai paruh yang lurus, nipis dan kecil.
Begitu juga dengan merbuk. Burung merbuk yang
mempunyai paruh yang kecil, lurus dan pendek
diyakini akan menjadi pemikat yang baik. Bagi para
peminat yang baharu berjinak-jinak mungkin tidak
dapat membezakan saiz paruh ini kerana ia kelihatan
sama sahaja.
4. LUBANG HIDUNG
Penggemar merbuk yang mementingkan suara yang
kasar dan lunak biasanya akan memerhati saiz lubang
hidungnya. Ianya hanyalah sebagai panduan untuk
menentukan seseekor merbuk itu bersuara kasar atau
kecil. Bagi lubang hidung yang lebih besar, suaranya
akan pasti lebih kasar atau besar berbanding lubang
hidung yang kecil. Saiz lubang hidung ini penting
kepada peminat sekiranya ingin memilih burung untuk
dibeli di kedai-kedai atau di dalam kandang rakan-
rakan. Ini adalah kerana burung merbuk yang
dipelihara di dalam kandang biasanya jarang berbunyi.
ini menyukarkan kita untuk memilih yang bersuara
kasar yang dianggap lebih merdu.
5. ALIS MATA
Alis mata atau kelopak mata adalah faktor yang
sangat penting kepada penggemar merbuk. Tak ramai
yang menyedari bahawa alis atau kelopak mata
burung merbuk memainkan peranan yang penting
dalam pemilihan pemikat yang baik. Alis mata
menjadi panduan kepada kita untuk memilih pemikat
yang tahan dan sukar kalah bila berhadapan dengan
BH yang garang dan kebiasaanya menjadi raja
disesuatu kawasan itu.Ada pemikat yang dipelihara
bertahun-tahun dan dapat memerangkap banyak BH
namun bila dalam keadaan tertentu seperti BH yang
cerdik dan tidak mahu terjun ke angga jebak, tidak
dapat bertahan lama dan kalah. Tanda pemikat yang
kalah bila berhadapan dengan BH ialah ia tidak
meratus, tidak berderak, lebih banyak melara iaitu
bunyi seperti seekor burung yang kalah malah
kekadang terus tidak berbunyi berhari-hari setelah
balik ke sangkarnya. Keadaan ini biasanya
menyebabkan pemikat akan naik darah dan kecewa.
pada 6hb Februari 2012 jam 1.36 ptg ·
Merbuk Kampung