Luthfi Tan edited a dokumen in the group: Merbuk
Kampung .
1. BANYAK DERAKNYA
Mengikut kata Otai terdahulu, seekor burung yang
hendak dipilih sebagai pemikat perlulah diperhatikan
dibahagian ini..Merujuk kpd bulu hitam yang
berbelang-belang di bahagian bawah ekor burung itu.
Bulu pula yang lebih tebal dan banyak menunjukkan
burung itu lebih banyak deraknya semasa berhadapan
dengan lawan. Ciri-ciri ini telah diuji dan ternyata apa
yang dikhabarkan oleh Otai tersebut menepati ciri-ciri
yang diingini oleh si pemikat. Bolehlah dicuba untuk
mengetahui kebenarannya. Kenyataan ini tidak
semestinya tepat... tetapi sebaiknya cuba uji untuk
memudahkan kita sebagai penggemar dalam
memburu merbuk yang hebat.
2. SISIK
Antara perkara yang diberi perhatian oleh orang tua-
tua berkaitan merbuk ialah sisiknya. Ada yang
percaya dan yakin bahawa burung ini boleh
membawa tuah atau sebaliknya kepada tuan yang
memeliharanya. Ini menyebabkan generasi baru yang
mula berminat dengan burung yang bersuara merdu
ini kekadang bimbang dengan kepercayaan
seumpama ini.Terdapat beberapa cara untuk mengira
bilangan sisiknya. Di sesetengah tempat, sisik yang
pecah dicantumkan menjadi satu manakala di
sesetengah tempat pula sisik yang pecah diambil kira
sebagai satu. Tidaklah dapat dipastikan kaedah mana
yang tepat.Bagi bilangan sisik hadapan, bilangan bagi
sisik di jari tengan hinggalah ke pangkal lutut sahaja
dikira. Bilangan sisik di bahagian kiri dan kanan akan
ditambah untuk menentukan bilangannya.Bilangan
sisik yang biasa digemari oleh pemikat merbuk ialah
32, 33, 34, 35, 37, 39 dan 40.
Menurut orang tua-tua burung merbuk yang
mempunyai sisik 37 adalah burung yang paling baik
untuk dijadikan pemikat. Sejauh mana kebenaranya
tidaklah dapat dipastikan.
Namun untuk perbincangan sukalah dinyatakan
bahawa burung merbuk yang mempunyai sisik 33
adalah burung yang sukar diperolehi. Malahan jika
ada pun harganya mungkin mencecah ribuan ringgit.
Namun kebanyakan pemikat burung akan menyimpan
burung yang diperolehi ini. Ini adalah kerana ia
dianggap sebagai RAJA BURUNG MERBUK dan
dianggap burung yang mempunyai tuah yang baik
kepada pemeliharanya. Ada juga petua yang
diperturunkan tentang aktiviti memikat burung yang
bersisik 33 ini. Jika pemikat mendapati bahawa
burung yang berjaya dipikat ini mempunyai sisik 33
maka beberapa perkara yang berkaitan amalan dan
pantang larang yang perlu dipatuhi untuk memastikan
aura burung ini tidak hilang semasa dalam peliharaan.
Manakala burung yang mempunyai sisik 32, 34, 35,
37, 39 dan 40 adalah burung yang dikatakan boleh
menjadi pemikat yang baik jika kena tempat
duduknya.Burung merbuk yang mempunyai bilangan
sisik 36,38 adalah burung yang dianggap tidak
membawa tuah. Kebiasaanya penggemar ketitir akan
melepaskan semula burung yang mempunyai bilangan
sisik seperti ini. Ada juga pemikat yang
memeliharanya kerana burung ketitir yang bersisik 36
dan 38 ini adalah burung yang mempunyai suara yang
kasar / besar dan merdu namun ada beberapa syarat
biasa dipenuhi oleh mereka.
Manakala burung merbuk yang mempunyai bilangan
sisik 41, 42, 43 adalah burung yang lebih sesuai untuk
dipelihara di rumah sahaja kerana suaranya yang
kebiasaannya merdu. Namun untuk dijadikan pemikat
dianggap kurang sesuai kerana sukar untuk
mendapat lawan.Manakala sisik jari belakang pula,
pemikat merbuk biasanya akan memilih burung yang
mempunyai bilangan sisiknya yang seimbang antara
jari belakang sebelah kiri dan kanan. Pemikat
biasanya akan cuba mendapatkan burung yang
mempunyai bilangan sisiknya 7 sebelah kiri dan 7
sebelah kanan. Namun agak sukar untuk mendapat
seekor merbuk yang mempunyai bilangan sisiknya 7 di
jari belakang kiri dan kanan. Selain dari burung
merbuk yang bersisik 33, sisik 44 juga adalah antara
burung diburu oleh penggemar merbuk.
Burung merbuk yang mempunyai sisik 44 ini dianggap
sebagai burung yang mempunyai aura yang kuat. Ia
dianggap mempunyai aura penyeri rumah, pelaris dan
keceriaan. Sebab itulah sarang burung ini biasanya
digantung atau dipelihara di dalam rumah.
3. PARUH
Umumnya pemikat merbuk, terkukur, ruak-ruak, puyuh
dan lain-lain lagi akan mengambil kira paruh seseekor
burung yang bakal dijadikan pemikat. Pemikat merbuk
akan memilih burung yang mempunyai paruh yang
kecil, pendek dan lurus. Ciri-ciri ini dipilih kerana
percaya bahawa paruh yang pendek, kecil dan lurus
ini adalah tanda kepada seekor pemikat yang baik
dan rajin berkerja. Faktor pemilihan paruh ini sangat
kuat dalam kalangan peminat ruak-ruak. Harga
mencecah ribuan ringgit hanya kerana jika pemikat
itu mempunyai paruh yang lurus, nipis dan kecil.
Begitu juga dengan merbuk. Burung merbuk yang
mempunyai paruh yang kecil, lurus dan pendek
diyakini akan menjadi pemikat yang baik. Bagi para
peminat yang baharu berjinak-jinak mungkin tidak
dapat membezakan saiz paruh ini kerana ia kelihatan
sama sahaja.
4. LUBANG HIDUNG
Penggemar merbuk yang mementingkan suara yang
kasar dan lunak biasanya akan memerhati saiz lubang
hidungnya. Ianya hanyalah sebagai panduan untuk
menentukan seseekor merbuk itu bersuara kasar atau
kecil. Bagi lubang hidung yang lebih besar, suaranya
akan pasti lebih kasar atau besar berbanding lubang
hidung yang kecil. Saiz lubang hidung ini penting
kepada peminat sekiranya ingin memilih burung untuk
dibeli di kedai-kedai atau di dalam kandang rakan-
rakan. Ini adalah kerana burung merbuk yang
dipelihara di dalam kandang biasanya jarang berbunyi.
ini menyukarkan kita untuk memilih yang bersuara
kasar yang dianggap lebih merdu.
5. ALIS MATA
Alis mata atau kelopak mata adalah faktor yang
sangat penting kepada penggemar merbuk. Tak ramai
yang menyedari bahawa alis atau kelopak mata
burung merbuk memainkan peranan yang penting
dalam pemilihan pemikat yang baik. Alis mata
menjadi panduan kepada kita untuk memilih pemikat
yang tahan dan sukar kalah bila berhadapan dengan
BH yang garang dan kebiasaanya menjadi raja
disesuatu kawasan itu.Ada pemikat yang dipelihara
bertahun-tahun dan dapat memerangkap banyak BH
namun bila dalam keadaan tertentu seperti BH yang
cerdik dan tidak mahu terjun ke angga jebak, tidak
dapat bertahan lama dan kalah. Tanda pemikat yang
kalah bila berhadapan dengan BH ialah ia tidak
meratus, tidak berderak, lebih banyak melara iaitu
bunyi seperti seekor burung yang kalah malah
kekadang terus tidak berbunyi berhari-hari setelah
balik ke sangkarnya. Keadaan ini biasanya
menyebabkan pemikat akan naik darah dan kecewa.
pada 6hb Februari 2012 jam 1.36 ptg ·
Merbuk Kampung