Jumaat, 8 Februari 2013

Di sebalik krisis ‘Allah’, TPM berikrar ‘keadilan untuk semua’



PETALING JAYA, 8 Feb — Disebalik kontroversi “Allah” yang masih lagi panas, Tan Sri Muhyiddin Yassin berikrar hari ini “keadilan untuk semua kaum,” dengan mengatakan asas kepada tugas kerajaan adalah untuk memastikan semua kumpulan etnik berbilang kaum di Malaysia tidak dipinggirkan.
Akan tetapi timbalan perdana menteri (gambar) menegaskan “keadilan” dalam konteks ini mesti mengambil kira tahap pembangunan dan status sosio-ekonomi setiap komuniti.
“Ini juga telah ditafsirkan dan dijelaskan melalui dasar-dasar kerajaan dan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan ... semua peringkat masyarakat perlu dilindungi,” katanya semasa pelancaran peringkat sekolah “Minggu Keharmonian Agama” di SM Seksyen 3 Bandar Kinrara di sini.
Hubungan antara agama di Malaysia semakin memburuk dari tahun ke tahun menyebabkan beberapa siri insiden perkauman seperti debat berterusan tentang penggunaan kalimah “Allah” oleh bukan Islam.
Dikala golongan Islam yang lebih liberal, dari kedua-dua belah parti dan yang tidak berparti telah bersetuju perkataan Arab tersebut boleh digunakan oleh bukan Islam, golongan konservatif menegaskan sebaliknya, menyebabkan ketegangan antara penganut agama Islam dan Kristian semakin membarah.

Namun, Muhyiddin juga menyampaikan mesej perpaduan hari ini sebagai peringatan di tengah-tengah ketegangan yang berterusan, mengatakan perpaduan adalah “pra-syarat” impian Malaysia menjadi sebuah negara maju pada 2020.
Beliau mengingatkan tentang platform 1 Malaysia Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan objektif mencapai perpaduan, toleransi dan lebih penting, “penerimaan” di kalangan pelbagai kaum di negara ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan